HONOR mengumumkan telefon pintar flagship terkininya, HONOR Magic7 Pro, akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Januari 2025.
Digelar sebagai ‘Flagship AI Terbaik 2025’, HONOR Magic7 Pro menyandarkan teknologi AI HONOR secara eksklusif, dan membawakan pengalaman AI yang berasaskan manusiawi.
Ketika jenama telefon pintar lain bergantung kepada sama ada teknologi awan atau AI
pada peranti, HONOR meletakkan dirinya di tahap berbeza dengan menjadi jenama
pertama yang memanfaatkan gabungan tercanggih kedua-dua teknologi AI.
Strategi unik ini membolehkan HONOR menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih
diperibadikan, cekap dan selamat, sekaligus meletakkannya sebagai peneraju dalam
pasaran telefon pintar yang dipacu oleh AI.
HONOR Magic7 Pro menggabungkan teknologi AI pada peranti yang canggih, termasuk menjadi telefon pintar pertama di dunia dimuatkan fungsi pengesan AI Deepfake Detection dan Magic Portal 2.0.
Ciri Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan ini mampu memahami hasrat pengguna dan membawa mereka kepada aplikasi berkaitan, seterusnya melancarkan pengalaman
pengguna.
Selain fungsi AI, ciri yang dipertingkatkan pada HONOR Magic7 Pro adalah rekaannya yang dibina untuk lebih tahan lama, kalis air dan debu lebih baik, anti-jatuhan dan
keupayaan bertahan dalam suhu tinggi tanpa menjejaskan prestasi peranti.
Tandakan kalendar anda untuk menyaksikan Magis paling hebat pernah disaksikan yang membawakan penambahbaikan ‘super’ pada HONOR Magic7 Pro, 9 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.