Dengan pelancaran rasmi Thousands of Years Media (ToYm), industri hiburan Malaysia berada di ambang perubahan besar, memasuki fasa pertumbuhan pesat yang baharu. ToYm mengintegrasikan media baharu dengan teknologi canggih untuk membangunkan ekosistem media yang inovatif.
Pengasasnya, Jment Lim, telah sekian lama berdedikasi untuk memajukan landskap hiburan dan media Malaysia, dengan visi untuk menjadikan negara ini sebagai kuasa besar hiburan.
Jment Lim, yang juga merupakan pengasas SunStrong Entertainment, melahirkan kegembiraan atas permulaan operasi anak syarikatnya, ToYm. Beliau berkongsi bahawa misi utama penubuhan kedua-dua syarikat ini adalah untuk membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan kepada dunia melalui usaha mereka.
SunStrong Entertainment ialah syarikat filem dan hiburan terkemuka yang dikenali kerana melabur dalam filem berkualiti tinggi serta menganjurkan acara berskala besar. Syarikat ini telah bekerjasama dan mempersembahkan pelbagai filem yang berkualiti dan telah memenangi anugerah, termasuk Snow in Midsummer (Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Hong Kong dan Festival Filem Asia New York), Pavane for an Infant (disenaraikan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo dan Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan), dan Howl. Projek bersar dan signifikan lain termasuk konsert Fish Leong dan Lo Ta-yu, serta pertandingan Miss World Malaysia. Pelaburan terbaru termasuk filem yang dinanti-nantikan, Mother Bhumi, lakonan bintang antarabangsa Fan Bingbing dan diarahkan oleh pengarah Malaysia Chong Keat Aun, bersama tayangan Tahun Baru Cina 2025 seperti OMG! Mom’s Big News dan I Want to Be Rich.
Majlis pelancaran gilang-gemilang ToYm telah menarik ramai pemimpin industri dan lebih 100 pempengaruh, termasuk artis Malaysia seperti Jonathan Lee, WeiWei, Jordan Sen, Lisha Ho, Daniel Lee, Chezi, dan Angela Chan. Acara ini juga menampilkan pertunjukan fesyen menakjubkan oleh para peserta Miss Tourism International 2024 yang mempamerkan gabungan budaya dan kreativiti bagi meraikan pencapaian ToYm. Turut hadir ialah Miss Grand Malaysia terkini, Melisha Lin, bersama Naib Johan Kedua Miss World Malaysia, Hantze Liow.
Dalam ucapannya, Jment Lim menyatakan: “ToYm sedang menjayakan empat tonggak utamanya secara serentak kerana tindakan yang bertangguh boleh menyebabkan kita ketinggalan selama-lamanya. Daripada membangunkan satu tonggak pada satu masa, kami mengambil pendekatan holistik untuk mewujudkan rangka kerja dengan pantas, membolehkan keempat-empat tonggak ini mampu mendorong dan mempercepatkan pertumbuhan antara satu sama lain. Tonggak-tonggak ini mungkin kelihatan berdiri sendiri, tetapi sebenarnya saling berkaitan secara mendalam.”
Selain itu, Jment Lim mengumumkan bahawa mikro-siri pertama ToYm, In Character, kini dalam fasa pasca-produksi. Beliau turut memperkenalkan Teo Kim Foo, seorang pakar ingatan antarabangsa yang akan menerajui inisiatif pendidikan syarikat. ToYm juga merancang untuk melancarkan jenama fesyennya, ToYm Wardrobe, bagi memperkukuhkan bahagian hiburannya, manakala saluran penstriman langsung ToYm dijangka dilancarkan tidak lama lagi. ToYm juga sedang dalam proses untuk mendapatkan flowers.com.my sebagai sebahagian daripada usaha diversifikasinya.
Untuk merealisasikan visi dan misinya, ToYm akan memberi tumpuan kepada empat tonggak utama: hiburan, pendidikan, teknologi, dan pemasaran. Ini termasuk menghasilkan filem yang mampu bersaing di peringkat global, melatih generasi profesional industri yang seterusnya, memanfaatkan alat dan platform canggih untuk meningkatkan kreativiti, serta melaksanakan penyelesaian pemasaran bersepadu. Dengan menggabungkan dan memperkasakan tonggak-tonggak ini, ToYm berhasrat untuk mendapat kelebihan yang berdaya saing.
Menurut PwC, industri hiburan dan media Malaysia dijangka menjana kira-kira RM58.9 bilion dalam hasil menjelang 2028, menonjolkan potensi besar sektor ini.