Ada perkara yang tampak kecil tapi mempunyai impak yang besar dalam kehidupan kita. Ia mungkin sinaran matahari yang terpantul pada dinding kediaman kita, kata-kata mesra yang diungkapkan oleh seorang yang tidak dikenali, tekstur pada batu-batuan di tepi pantai, atau mungkin warna yang menghiasi bilik tidur kita.

Perkara-perkara kecil seperti ini tanpa kita sangkakan, boleh mencorak hari kita. Warna-warna di sekitar kita mempengaruhi emosi, dan juga tenaga kita, tetapi ia tidak semestinya perlu menonjol untuk mencungkil pengalaman tersebut.

Menerusi Koleksi Warna Global 2025 yang baru sahaja dilancarkan, NUANCES, Jotun meraikan nuansa rona dan warna yang memainkan peranan besar dalam mencorak atmosfera sebuah ruang dan juga citra sebuah rumah.

“Warna-warna menonjol pastinya mempunyai efek visual yang jelas, tapi sekecil-kecil perubahan dalam rona masih boleh memberi kesan terhadap mood kita. Pelbagai tona dan rona yang kita hadapi setiap hari sama ada secara sedar mahupun tidak mampu mempengaruhi kita.

Di kediaman kita sendiri, dan juga pada dinding kita, sering kali nuansa itu sendiri yang mencetus suatu impak yang besar,” ujar Lisbeth Larsen, Pengurus Warna Global di Jotun.

Sementara warna mempunyai kuasa untuk mengubah mood dan rupa sesuatu ruang, adalah penting juga bagi setiap aspek kedalaman dan kekayaan warna diperlihatkan menerusi penggunaan produk yang bertepatan.

Untuk merangkapkan sari NUANCES yang sebenar, Jotun telah mengambil inisiatif dengan inovasi terbaharunya, dan berbangga untuk memperkenalkan cat warnanya yang paling menawan setakat ini, rintisan dalam keelegenan dan stail – iaitu Jotun Majestic Pure Color Super Matt.

Rona Kecil, Impak Besar
Dipilih dengan teliti menerusi kajian yang ekstensif mengenai trend-trend baharu bagi
tahun akan datang, Koleksi Warna NUANCES oleh Jotun membawakan sebuah koleksi
yang terdiri daripada 30 warna dalam enam famili – biru, kelabu, pic, kuning, kuning air,
dan hijau – setiap satu menampilkan empat nuansa dengan intensiti yang pelbagai serta
satu warna aksen.

Koleksi ini dirumus untuk menjadi sumber dan juga inspirasi, membimbing individu untuk menemukan nuansa yang sempurna bagi atmosfera yang ingin direalisasikan.
Koleksi Warna Global ini disuai berdasarkan teori warna bagi menyediakan panduan yang
praktikal dalam penggunaan pelapisan, monokrom, dan kepelbagaian intensiti untuk
mencetus impak bagi sesuatu ruang.

Koleksi ini diperlihatkan dengan interior yang menawan, ia merangkapkan 30 warna tersebut dalam ruang kediaman yang sebenar, serta menampilkan karya seni khas bersaiz besar oleh artis kelahiran Perancis, Agathe Berjaut, memperagakan beberapa rona daripada pelet 2025 oleh Jotun.

Berikut merupakan 30 warna yang membentuk pelet 2025, menawarkan pelbagai
kemungkinan untuk setiap ruang.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini