Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, melancarkan Maxis Bonanza selama tiga bulan yang menampilkan hadiah dan tawaran menarik untuk para
pelanggan.

Terbuka kepada pelanggan Maxis dan Hotlink, peraduan ini menawarkan lebih RM1 juta dalam hadiah, termasuk tiga kenderaan Tesla Model 3 sebagai hadiah utama. Pelanggan juga berpeluang memenangi sejumlah 50 unit TV Pintar 4K Samsung 65” QLED Q70D, 50 unit vakum Dyson v12 Detect Slim Fluffy, dan 50 unit telefon pintar Samsung Galaxy S24 Ultra (512GB) sepanjang tempoh Maxis Bonanza.

Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Maxis Bonanza merangkumi peraduan hadiah yang menarik, dan ia adalah peluang baik untuk pelanggan
mendapatkan tawaran hebat menjelang musim cuti hujung tahun.

“Kami akan terus memberikan nilai tambah kepada pelanggan kami melalui penawaran mudah alih, jalur lebar, dan peranti, membolehkan mereka menikmati pengalaman kesalinghubungan dan peranti yang terbaik untuk semua keperluan kediaman serta gaya hidup mereka.”

Untuk menyertai Maxis Bonanza, pelanggan Maxis atau Hotlink yang sedia ada hanya perlu
log masuk ke aplikasi Maxis atau Hotlink, memastikan semua bil telah dibayar, dan
mendaftar. Pelanggan baharu boleh melanggan Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre, Hotlink Prepaid, atau Hotlink Postpaid. Pelanggan juga boleh mendapatkan peranti mudah alih atau
peranti rumah baharu dengan Maxis untuk menikmati tawaran menarik:

 Dapatkan telefon pintar 5G percuma apabila menaik taraf ke Maxis Postpaid 109 atau ke atas.
 Beli peranti mudah alih dan dapatkan diskaun sehingga RM300 untuk pembelian seterusnya melalui Maxis Zerolution Mobile atau Aksesori.
 Nikmati naik taraf percuma ke Maxis Home Fibre 500Mbps apabila membeli TV bersama Maxis Home Fibre (bermula 14 November 2024).

Pelanggan Maxis dan Hotlink mesti mendaftar bagi setiap pusingan peraduan untuk layak
menyertai cabutan hadiah bagi pusingan tersebut.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini