HONOR Malaysia melancarkan dua tablet mampu milik baharu iaitu HONOR Pad X8a dan versi Edisi Kids, hari ini.

Tablet HONOR Pad X8a merupakan generasi kedua HONOR Pad X8 yang dibina dengan ciri-ciri bertaraf flagship menumpukan kepada paparan imersif berasaskan insan, prestasi perkakasan tahan lasak, sistem bunyi hebat, dan pengalaman pengguna yang lancar.

Berharga RM799, tablet ini didatangkan dengan kesambungan 4G LTE dan sarung boleh lipat percuma. Pembeli boleh menikmati rebat segera RM50 semasa membeli, sehingga kehabisan stok. Tersedia dalam warna Space Grey, HONOR X8a menampilkan RAM 8GB (termasuk 4GB HONOR RAM Turbo) dan storan 128GB.

Bagi Edisi Kids yang direka khas buat kanak-kanak, ianya tersedia dalam versi Wi-Fi pada harga RM699. Tablet ini dipakejkan bersama Sarung Pelindung Kanak-kanak dan Drawing Stick (pensel melukis).

Ianya dilengkapi dengan RAM 8GB (termasuk 4GB HONOR RAM Turbo) dan storan 64GB. Sebagai tambahan, kapasiti storan untuk kedua-dua peranti ini boleh dibesarkan sehingga ke 1TB melalui slot kad MicroSD.

HONOR Pad X8a boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, termasuk pengedar sah Harvey Norman, Senheng, dan Urban Republic. Bagi HONOR Pad X8a Edisi Kids pula, ianya boleh didapati di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, serta pengedar sah Harvey Norman dan Senheng.

HONOR Pad X8a, peranti serba guna memudahkan pergerakan dengan rekaan canggih dan bergaya

Menyerlahkan rekaan kontemporari, HONOR Pad X8a menampilkan rekaan badan logam yang canggih dengan bahan bertaraf flagship bagi rasa yang lebih memuaskan. Hanya seberat 495g dan setebal 7.25mm yang amat nipis, peranti ini padat, bergaya dan mudah dibawa ke mana sahaja. 

Sentiasa Berhubungan 24/7 Dengan LTE

HONOR Pad X8a didatangi dengan slot kad SIM. Pengguna boleh kekal berhubung melalui Internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada Wi-Fi.

Mereka boleh membuat panggilan telefon, menghantar teks mesej, melayari laman sesawang, menghadiri mesyuarat atas talian, menonton video, dan mengemas kini akaun media sosial dengan lancar. Peranti ini merupakan satu alat yang mudah bagi pelajar dan golongan bekerjaya dalam melaksanakan tugas mereka semasa bergerak.

Paparan HONOR FullView Eye Comfort 90Hz 11 inci

HONOR Pad X8a menampilkan Paparan HONOR FullView Eye Comfort 11 inci dengan nisbah skrin ke badan 84% serta resolusi panel paparan 1920×1200, bagi memberikan pengalaman melihat lebih lebar dan luas yang imersif dengan visual yang jelas dan nyata.

Dengan nisbah segar semula setinggi 90Hz, pengguna boleh menikmati antara muka yang responsive dengan kekaburan dan sela masa yang amat sedikit. Sama ada menstrim filem aksi mendebarkan atau bermain permainan video yang hangat, pengguna boleh alami sendiri paparan visual yang amat lancar.

Bersandarkan komitmen HONOR kepada inovasi berasaskan insan, HONOR Pad X8a menampilkan inovasi perlindungan mata empat peringkat. Inovasi ini meliputi ciri-ciri Cahaya Biru Rendah, Bebas Kerlipan, mod E-ink dan Pemalapan Dinamik, menjadikannya tablet paling mesra mata pengguna dalam julat harganya.

Ciri Penjagaan Mata Cahaya Persekitaran (Pemalapan Dinamik) menampilkan simulasi dinamik pintar pencahayaan semula jadi, sekaligus mengurangkan keletihan mata dan menyelaras output cahaya mengikut masa.

Ia juga menawarkan Mod E-book, mengubah paparan kepada pembaca seakan buku bagi meningkatkan kebolehbacaan dan keselesaan pengguna walaupun dalam keadaan cahaya yang malap atau pembacaan yang lebih lanjut. Di samping itu, HONOR Pad X8a juga telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light (Software Solution) Certification dan TÜV Rheinland Flicker Free Certification, bagi memastikan mata pengguna terlindung walaupun semasa menggunakan peranti ini dalam jangka masa yang lama. 

Jangka Hayat Bateri 8300mAh Lebih Lama 

Dikuasakan bateri 8300mAh, HONOR Pad X8a menawarkan lanjutan masa bagi produktiviti dan hiburan. Dengan sekali pengecasan, pengguna boleh menggunakan tablet ini sehingga ke 56 hari untuk masa sedia, 57 jam memainkan muzik pada pembesar suara serta 14 jam memainkan video atas talian FHD, menjadikannya peranti ideal bagi pengguna yang mencari hiburan sepanjang hari.

Pengalaman Pengguna Lebih Pintar Dikuasakan oleh MagicOS 8.0

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm® Snapdragon® 680 dan perisian MagicOS 8.0 terkini, HONOR X8a mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan pakej ciri-ciri pintar. Ciri App Extender mengendalikan dua jendela pada aplikasi yang sama, membolehkan pengguna melihat halaman senarai dan perincian secara serentak.

Dengan ciri Multi-screen Collaboration, pengguna boleh mengawal telefon mereka di HONOR Pad X8a, memudahkan pemindahan fail dan juga saling berkongsi fail antara peranti.

Fungsi Dynamic Homepage pula membolehkan pemperibadian aplikasi dan pengurusan konten. Ciri Smart Split-Screen membolehkan pengguna melihat sehingga ke empat aplikasi secara serentak untuk memaksimumkan produktiviti.

Untuk memindah gambar, video atau dokumen, HONOR Connect membolehkan semua ini dipindahkan antara HONOR Pad X8a dan telefon pintar atau komputer riba HONOR. Pengguna juga boleh menjawab panggilan, membalas mesej dan berkongsi akses internet mudah alih antara peranti bagi kesambungan yang lancar.

Sistem Bunyi Yang Hebat untuk Penghayatan Lengkap

Bagi memberikan pengalaman audio yang luar biasa, HONOR Pad X8a menampilkan empat pembesar suara berkuasa untuk memberikan efek bunyi yang asli dan seimbang. Selain itu, tablet ini juga menampilkan teknologi HONOR Histen Sound Tuning sebagai melengkapi sistem audio ini, selain diiktiraf dengan pensijilan Hi-Res Audio Certification dan Hi-Res Wireless Certification, agar penghasilan bunyi yang hidup boleh dimainkan merentasi konten audio yang berlainan.

HONOR Pad X8a Edisi Kids – Serlahkan Kreativiti Anak Anda

Tablet Edisi Kids ini menampilkan paparan selesa pada penglihatan yang diiktiraf serta sarung pelindung mesra kanak-kanak. Ia juga menawarkan rangkaian widget hiburan mesra kanak-kanak seperti Doodle Mode dan Google Kids Space, bagi menggalakkan pembelajaran dan kreativiti.

Tablet ini juga didatangkan dengan Drawing Stick yang meniru pengalaman melukis dengan krayon atau pensel, agar kanak-kanak boleh menyerlahkan imaginasi mereka secara bebas dalam mana-mana aplikasi melukis serta menghidupkan idea menarik mereka dengan HONOR Notes.

Paparan Perlindungan Mata 11 inci

Dengan tujuan menjadikan masa tontonan lebih baik kepada kanak-kanak, tablet ini menampilkan Paparan Perlindungan Mata 11 inci dengan nisbah segar semula 90Hz. Peranti ini juga dilengkapi dengan Penjagaan Mata Cahaya Persekitaran (Pemalapan Dinamik) bagi mengurangkan ketegangan mata, dan mod E-book untuk pembacaan yang lebih selesa.

Paparan skrin ini juga telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light Certification dan TÜV Rheinland Flicker Free Certification

Sarung Pelindung Kanak-kanak

Edisi Kids didatangkan dengan sarung pelindung yang direka daripada silikon gred makanan, melindungi kanak-kanak daripada memakan partikel memudaratkan serta memastikan pengalaman pengguna yang selamat. Dengan tabiat semula jadi kanak-kanak yang suka bermain, tablet ini juga kalis hentakan dan boleh menahan jatuhan serta gegaran.

Panduan Ibu Bapa

Peranti Edisi Kids membolehkan ibu bapa memiliki kawalan penuh terhadap kandungan dan penggunaan melalui Family Link, yang membolehkan mereka menetapkan had masa tontonan, mengunci peranti, menguruskan muat turun aplikasi, dan menjejak lokasi anak mereka daripada telefon mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menetapkan masa selama sejam untuk menghentikan peranti semasa makan malam bersama keluarga.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini