IJM Land melancarkan Batiq @ S2 Heights Aman, satu pembangunan eksklusif baharu untuk mereka yang ingin memiliki kediaman dengan pengalaman hidup tiada tandingan.

Terletak di presint keempat dan terakhir dalam projek S2 Heights ini, pembangunan istimewa ini direka dengan konsep kediaman yang menenangkan, mengutamakan elemen elegan, sofistikated, dan kehidupan yang lebih baik.

Persekitaran yang mendamaikan, Batiq menawarkan kediaman bak tempat percutian, yang penuh dengan ketenangan. Dengan keluasan 400 ekar, S2 Heights Aman memiliki anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM1,585,050,000.

Dari jumlah tersebut, kawasan seluas 43 ekar dikhususkan sebagai kawasan hijau subur berlatar belakangkan pemandangan tanah tinggi Banjaran Titiwangsa. S2 Heights Aman juga memperuntukkan 20 ekar untuk pembangunan Batiq, dengan anggaran GDV RM173 juta.

Pembangunan baharu ini menawarkan 177 unit kediaman Superlink 2-Tingkat tepi tasik berkonsep Semi-D, dengan harga bermula daripada RM878,800. Setiap unit kediaman lebih selesa kerana dilengkapi dengan elemen-elemen moden yang disepadukan dengan permandangan keindahan alam sekitar yang menenangkan.

Gabungan Tradisi dan Inovasi

Diinspirasikan daripada seni batik yang halus dan penuh warna-warni, Batiq @ S2 Heights Aman menterjemahkan warisan budaya yang kaya dengan reka bentuk kontemporari. Permata baharu dalam pembangunan S2 Heights ini menonjolkan gaya hidup optimum dengan menggabungkan seni tradisional bersama inovasi mesra alam, suatu tawaran yang
memperkasa kehidupan penghuninya.

Projek ini meliputi 4.33 ekar dan mewakili 21.65 peratus daripada keseluruhan pembangunan yang dikhaskan untuk kawasan hijau. Ini menekankan komitmen IJM Land untuk memastikan setiap elemen menyumbang kepada kesejahteraan penghuninya.

Pemilik juga menikmati kehidupan dalam komuniti serba lengkap dengan pelbagai kemudahan tersedia di sekeliling mereka.

“Batiq berada di lokasi utama bersebelahan S2 Lake Park berkeluasan 12 ekar, Kidz Venture Park seluas 3 ekar, dan Zon Mesra Haiwan Peliharaan,” kata Datuk Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land.

Penghuni Batiq dan seluruh kawasan perbandaran ini menikmati kemudahan holistik dengan akses mudah ke lebuh raya utama seperti PLUS, ELITE, dan LEKAS, yang menghubungkan mereka dengan pantas ke KL, Selangor, Putrajaya, Cyberjaya, Melaka, dan laluan bebas tol ke KLIA dan KLIA2.

Lokasi strategik yang mempunyai akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan utama, iaitu institusi kewangan, pusat pentadbiran kerajaan, sekolah-sekolah terkemuka, dan kemudahan penjagaan kesihatan terkenal seperti Hospital KPJ serta Columbia Asia Hospital.

Hab komersial seperti AEON Mall, Mydin Mall, Lotus’s, NSK Trade City, Seremban Gateway dan Palm Mall juga berdekatan, memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian dan membeli-belah.

Hanya 5 minit pemanduan, boleh mengakses Plaza tol Ainsdale, atau menggunakan pengangkutan awam seperti Stesen KTM Tiroi yang terletak berhampiran S2 Heights Aman.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini