realme, jenama telefon pintar yang paling cepat berkembang di dunia, hari ini memperkenalkan realme Watch S2, yang menawarkan jangka hayat bateri terpanjang dalam segmennya, paparan AMOLED yang lebih besar dan sistem pemantauan kesihatan dan sukan yang lebih baik.
realme Watch S2 tersedia dalam tiga varian: Grey, Silver dan Black. Varian Grey dilengkapi dengan tali logam, manakala Silver dan Black menggunakan tali silikon. Jam Tangan realme Watch S2 kini boleh didapati untuk pembelian di seluruh negara bermula pada RM499.
Pengguna jam tangan pintar yang mencari jangka hayat bateri tahan lama pasti akan menghargai realme Watch S2, yang menyokong kira-kira 14 hari penggunaan harian dalam mod standard dan sekurang-kurangnya 38 hari dalam mod siap sedia apabila dicas sepenuhnya. Selain itu, mod jangka hayat bateri yang membolehkan jam tangan berfungsi hingga 20 hari dengan satu cas dengan hanya mengaktifkan sistem pemantauan kesihatan.
Paparan Boleh Pakai Terbesar realme
realme Watch S2 menampilkan paparan AMOLED besar 1.43 inci (3.63cm) dengan kadar penyegaran sehingga 60Hz, menawarkan skrin yang lebih aktif untuk pengguna memanfaatkan kemudahan jam tangan pintar, dari membaca pemberitahuan hingga melihat data kesihatan harian mereka.
Bezel jam tangan ini dibuat daripada keluli tahan karat yang maju, menunjukkan kemahiran dan seni yang unik. Sementara itu, Jam Tangan realme Watch S2 menggabungkan ketahanan terhadap calar dan haus dengan permukaan yang licin dan tahan cap jari. Selain itu, terdapat lebih dari 150 wajah jam yang boleh dipilih.
Salah satu tambahan menarik termasuk sistem pemantauan sukan dan kesihatan yang komprehensif pada realme Watch S2. Algoritma sukan dan kesihatan yang tepat menawarkan panduan untuk larian dan regangan, serta pemantauan metrik seperti kadar jantung, oksigen dalam darah, tidur, dan aktiviti.
Di samping itu, Watch S2 menyokong lebih daripada 110 mod sukan, dari larian luar dan berbasikal hingga aktiviti dalam ruang, sesuai untuk penggemar kecergasan. realme Watch S2 merakam data komprehensif semasa bersenam, termasuk durasi, kalori, kadar jantung, kelajuan, dan langkah, membantu pengguna memantau kemajuan kecergasan mereka dengan teliti.
Panggilan yang Jelas Crystal-clear melalui Bluetooth
realme Watch S2 mempunyai cip Bluetooth mod dual untuk mengendalikan tugas harian, termasuk kemampuan panggilan Bluetooth lanjutan dengan smart noise reduction dan pembatalan gema. Ia secara aktif memantau bunyi semasa panggilan, menapis bunyi latar belakang, yang dapat memastikan kualiti panggilan yang jelas.
Jam tangan pintar terbaru ini juga boleh berfungsi sebagai teman muzik mudah alih, dengan sambungan peranti audio Bluetooth dan storan dalaman 4GB. Melalui aplikasi realme Link, pengguna boleh dengan mudah mengimport kira-kira 50 fail MP3 definisi tinggi ke dalam Watch S2 dan mendengarnya semasa bergerak, ini membolehkan pengguna menikmati muzik tanpa gangguan semasa bersenam atau dalam perjalanan tanpa perlu membawa telefon pintar.
realme Watch S2 telah menjalani pelbagai ujian di pelbagai persekitaran untuk menjamin ketahanannya. Ia juga mempunyai ketahanan habuk dan air IP68, yang membolehkannya tahan lasak.