Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, dengan kerjasama Bursa Malaysia, UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (“UNGCMYB”), Capital Markets Malaysia dan Forest Interactive telah menganjurkan acara ‘Beyond the Boardroom’ tahunan buat kali kedua di One World Hotel, Petaling Jaya.
Forum eksklusif ini menandakan suatu langkah yang signifikan dalam memajukan kelestarian korporat. Forum tahun ini bertajuk ‘Fast-Track Your Company’s Sustainability Endeavour’, menekankan strategi yang boleh dilaksanakan dalam usaha untuk mencapai matlamat kelestarian dan
mewujudkan kesan alam sekitar yang nyata dan positif.
Acara tersebut menghimpunkan tokoh utama industri dan organisasi terkemuka untuk meneroka topik-topik kritikal ini.
Dalam ucapan pembukaannya, Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia berkata, “Saya amat bangga pencapaian ‘Beyond the Boardroom’ dalam masa kurang dari setahun.
“Ia benar-benar memberi inspirasi apabila kita dapat melihat bagaimana acara ini telah berkembang dari permulaan yang sederhana, dan kemudian menjadi sebuah platform yang penting untuk perbincangan mengenai kelestarian secara terbuka.
“Melalui perjalanan kami ke arah pengurangan karbon yang sejajar dengan matlamat Malaysia neutral karbon menjelang 2050 di Pos Malaysia, kita dapat melihat kepentingan kerjasama dan perkongsian ilmu pengetahuan. Ini termasuk forum yang memberi tumpuan kepada kelestarian seperti yang
diadakan pada hari ini, di mana organisasi di Malaysia boleh mendapat manfaat daripada pertukaran pengetahuan, pandangan, dan amalan baik.
“Hari ini merupakan saat yang penting di mana perbincangan peringkat tinggi mampu berubah menjadi strategi yang berdampak dan mudah dilaksanakan.
“Melalui komitmen dan kerjasama kita, saya yakin kita bukan sahaja akan mencapat matlamat kelestarian kita, tetapi juga menetapkan penanda aras baharu tanggungjawab korporat,” katanya.
Fo rum ini menampilkan barisan penceramah yang terhormat: Shanta Helena Dwarkasing, Ketua Program UNGCNMYB yang telah berkongsi pandangan yang berharga dalam menavigasi landskap kelestarian yang sentiasa berkembang dan hala tuju masa depan untuk mengamalkanlangkah yang mampan bagi pelbagai sektor.
Datuk Muhamad Umar Swift, CEO Bursa Malaysia, menekankan bahawa pendedahan berkaitan kelestarian bukan sekadar keperluan peraturan, tetapi merupakan perjalanan penting yang perlu dilalui oleh syarikat untuk membina kepercayaan dalam pasaran dan meningkatkan daya tahan
dalam persekitaran yang sentiasa berubah.
Sementara itu, Phang Oy Cheng, Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Kelestarian di KPMG, Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Kelestarian di KPMG, membincangkan pentingnya ketepatan dan akauntabiliti dalam proses pengesahan data.
Jarod Ho, Ketua Kelestarian di Pos Malaysia, memberi para peserta pandangan awal mengenai inisiatif baru syarikat yang menarik: Laporan Pelepasan Karbon Pos Hijau (Pos Hijau Carbon Emissions Report).
Penyelesaian canggih ini bertujuan untuk membantu pelanggan Pos Malaysia
untuk mengesan, mengukur, dan menguruskan pelepasan karbon Skop 3 mereka. Ini mampu menawarkan pandangan komprehensif serta keupayaan pengesanan yang mantap untuk memantau jejak karbon penghantaran mereka secara telus dan konsisten – menjadikan Pos Malaysia syarikat logistik pertama di Malaysia yang menyediakannya.
Dijadualkan untuk dilancarkan pada Disember 2024, laporan inovatif ini menjanjikan peningkatan dalam ketelusan dan lebih banyak sokongan terhadap amalan kelestarian dalam sektor logistik dan secara kritikal,
untuk menyokong syarikat-syarikat dalam usaha meningkatkan pelaporan dan komitmen mereka terhadap penyampaian yang bersih dan hijau.






































