Pesta komuniti yang paling dinanti-nantikan kini kembali dengan acara yang lebih besar dan hebat pada tahun ketiganya! PESZTA, temasya sepanjang hari yang meraikan Muzik, Seni dan Budaya, bakal menambat hati rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia.
Acara yang diadakan pada hari Sabtu, 14 September 2024, dianjurkan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), dengan kerjasama Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan juga Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), HEART Residences, Pentago House, SAM Mansion, Triptyk dan Bangunan Zhongshan, di samping masyarakat setempat di Kampung Attap.
Pada tahun ini, PESZTA akan diperluas untuk meliputi kawasan sekitar Kampung Attap untuk memberikan lebih banyak peluang untuk pengunjung meneroka dan menyertai pelbagai acara menarik.
Buat julung kalinya, orang ramai boleh menyertai lawatan menyusur warisan dan menyaksikan pameran di Stadium Merdeka. Stadium bersejarah yang terkenal ini telah
dibangunkan semula mengikut binaan asalnya. Pesta ini akan turut menganjurkan acara di
lokasi-lokasi utama di Kampung Attap, termasuk KLSCAH, Pentago House, Sam Mansion, The Zhongshan Building dan HEART Residences.
Sementara itu, beberapa lokasi lain di kawasan sekitar, termasuk Triptyk, RegalPark Hotel, dan Hummingbird Travels juga akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai aktiviti. Tempat-tempat menarik ini menjadi latar dinamik bagi pelbagai acara pesta, termasuk pasar komuniti, bengkel dan persembahan. Rakan hotel eksklusif PESZTA adalah Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown.
PESZTA juga dijayakan menerusi usaha kolaboratif bersama para penerima Program Geran
Komuniti Merdeka 118, sebuah program yang terus dianjurkan sejak pusingan pertama
dilancarkan pada 2021.
Beberapa penerima geran juga terlibat di acara Hujung Minggu Merdeka yang telah diadakan di Stadium Merdeka dari 30 Ogos hingga 1 September, dengan memaparkan dan menjual produk serta mempersembah hasil karya masing-masing.