Kucingko Berhad (Kucingko) syarikat penerbitan animasi 2D tersenarai awam pertama di Malaysia, mengumumkan pendapatan RM15.57 bagi enam bulan pertama tahun kewangan 2024 dengan RM8.51 juta telah disumbangkan oleh pendapatan suku kedua.
Pertumbuhan hasil Kumpulan pada S2 TK2024 sebahagian besarnya didorong oleh perniagaan terasnya dalam pengeluaran animasi 2D, yang menyumbang kira-kira 99.8 peratus daripada jumlah hasil bagi suku tersebut.
Pasaran Amerika Utara kekal sebagai penyumbang terbesar, menjana RM7.47 juta atau 87.73 peratus daripada pendapatan suku tahunan Kumpulan.
Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) sebanyak RM3.09 juta pada S2 TK2024, mencerminkan peningkatan sebanyak 55.43 peratus berbanding RM1.99 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya (“S1 TK2024”).

Keuntungan Selepas Cukai (“PAT”) Kumpulan bagi suku tersebut ialah RM2.48 juta, menandakan peningkatan 40.74 peratus berbanding RM1.76 juta yang dicapai pada suku sebelumnya.
Pengarah Eksekutif Kucingko See Chin Joo berkata, pihaknya gembira dengan prestasi kewangan pada suku kedua 2024, baik daripada segi hasil dan keuntungan.
“Pasaran antarabangsa utama kami, terutamanya Amerika Utara, telah menunjukkan kekuatan yang berterusan.
“Memandang ke hadapan, kami merancang untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran kami di Selangor, Sabah dan Sarawak, di samping penubuhan pejabat jualan di Amerika Utara. Inisiatif ini bertujuan untuk meletakkan Kucingko untuk mencari lebih banyak peluang perniagaan di wilayah ini,” katanya.

Manakala Pengarah Eksekutif Kucingko Ooi Kok Hong menambah, strategi syarikat tertumpu pada memanfaatkan kecekapan teras dalam pengeluaran animasi 2D untuk memacu pertumbuhan masa hadapan.
“Dengan mengembangkan sumber teknikal kami dan meningkatkan infrastruktur operasi kami, kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kehadiran kami di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.