Pembinaan Teguh Maju Sdn. Bhd. (PTM), telah memperoleh kontrak daripada Kator Construction Sdn Bhd. (“KCSB”) bagi projek Tebatan Banjir Sungai Muar Fasa 3 Pakej 1 di Daerah Segamat” bernilai RM410.3 juta.

Anak syarikat Varia yang berpengalaman dalam bidang pembinaan dan pembangunan akan bertindak sebagai sub-kontraktor, bertanggungjawab untuk menaik taraf Sungai Muar, yang merangkumi pelbagai kerja tebatan banjir kritikal. Projek ini akan dijalankan dalam tempoh 60 bulan, bermula pada 23 Julai 2024, dengan jangkaan tarikh siap pada 22 Julai 2029.

Pengarah Urusan Varia, Datuk Benson Lau berkata, kontrak tersebut menandakan satu lagi kejayaan bagi Varia Berhad dalam mendapatkan projek berskala besar dan berimpak tinggi.

“Penglibatan kami dalam projek Rancangan Tebatan Banjir adalah bukti kepakaran kami yang semakin meningkat dalam pembangunan infrastruktur dan kami komitmen untuk menyumbang secara positif kepada komuniti yang kami berkhidmat, kami menjangkakan bahawa projek ini akan meningkatkan pendapatan kami dengan ketara dalam tempoh lima tahun akan datang, mengukuhkan kedudukan kewangan kami yang kukuh dan meningkatkan nilai pemegang saham,” katanya di sini, hari ini.

Memgulas lanjut kontrak yang dianugerah itu baru-baru untuk projek ‘Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muar’ di Johor, bertujuan untuk menambah baik tebatan banjir, menggariskan kepakaran dan komitmen Varia yang semakin berkembang terhadap pembangunan infrastruktur.

Kejayaan konsisten Varia dalam mendapatkan kontrak berimpak tinggi mengukuhkan kehadiran pasarannya yang kukuh dan memastikan keterlihatan hasil yang berterusan.

Buku pesanan Kumpulan kini berjumlah RM2.2 bilion dan ia dijangka meningkatkan prestasi kewangan Kumpulan dengan ketara dalam tempoh akan datang, mengesahkan kedudukan pasaran strategiknya di seluruh Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini