Distinctive World Sdn Bhd memperkenalkan TuJu Residences & Retail di KL Duta North,
sebuah projek pembangunan kediaman bercampur yang menakrifkan semula kehidupan
bandar di Kuala Lumpur.
Diinspirasikan daripada siri karya abstrak kontemporari berpengaruh Composition yang
diilhamkan oleh Piet Mondrian pada 1930-an, TuJu Residences telah mempersembahkan reka bentuk seni bina yang benar-benar menonjol.
Lebih khusus, penggunaan rangka menonjol dan warna utama menyelitkan sebuah asimetri
sudut permainan tetapi dipadankan dengan sempurna seumpama blok Tetris aneh dalam satu tataan kediaman moden yang konsisten.
Pembangunan menara berkembar setinggi 41 tingkat ini juga terdiri daripada unit komersial dan kediaman yang kelihatan modular dan berbeza. Meskipun begitu, ia dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan keluarga moden dan mewujudkan komuniti berbilang generasi yang dinamik serta berwarna-warni.
Mengambil perkataan Melayu untuk “arah,” TuJu melambangkan satu usaha untuk mencipta ruang yang memiliki fungsi dan bermakna secara mendalam bagi membolehkan penghuninya meningkatkan asas kefungsiannya.
Komitmen ini untuk dapat memupuk sebuah komuniti berbilang generasi yang berhubung dan prihatin, selain memastikan setiap penduduk merasai sokongan, kebersamaan, dan keberdayaan.
Kemewahan Lestari Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM750 juta, TuJu Residences dimajukan di atas tanah berkeluasan 4.52 ekar dan terdiri daripada 932 unit kediaman luas dan 38 unit kedai.
Pembangunan dengan kepadatan rendah ini terdiri daripada dua blok, dengan setiap satu
menawarkan 466 unit kediaman. Blok B dilancarkan pada Mac 2024, sementara Blok A
dijangka pada suku keempat 2024.
Pembangunan ini merupakan projek pertama Distinctive World Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Distinctive Capital Sdn Bhd dan Eccaz Sdn Bhd ini telah memanfaatkan pengalaman industri lebih satu abad yang digabungkan dalam pembangunan hartanah, sekali gus memastikan kualiti yang tiada tandingan dan inovasi yang intuitif.
Terletak di Jalan Kuching, TuJu Residences menawarkan ketersambungan yang sangat baik ke kawasan-kawasan utama di Lembah Klang. Lokasi perdana ini memastikan penduduk
terhubung dengan kemudahan asas dan hab bandar yang dinamik.
Selain itu, perkhidmatan bas percuma disediakan, menyediakan akses mudah ke pusat tumpuan ujtama seperti Publika Shopping Gallery, MRT Titiwangsa, dan MITEC.