Dalam usaha untuk memartabatkan komuniti tempatan, Wall’s Malaysia mengumumkan pelancaran Kempen ‘Wall's Makes It Happier 2024’.

Menerusi inisiatif ini, Wall’s Malaysia berpadu tenaga dengan The Lost Food Project (TLFP)
untuk menyumbangkan 23,000 aiskrim kepada komuniti kurang berkemampuan.

Kerjasama itu bermula pada 8 Ogos 2024 dengan kumpulan aiskrim yang pertama diedarkan menerusi rangkaian bank makanan TLFP yang luas di seluruh Malaysia. Aiskrim
akan terus diedarkan kumpulan demi kumpulan setiap minggu sehingga habis.

Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan Wall’s Malaysia untuk menyebarkan keceriaan, khususnya kepada komuniti kurang berkemampuan.

“Wall’s Malaysia sentiasa berdedikasi untuk membawa keceriaan kepada kehidupan orang
ramai, dan kami percaya sekecil manapun satu tindakan, ia mampu mencetuskan keceriaan yang luar biasa.

“Kerjasama dengan The Lost Food Project membolehkan kami mendampingi mereka yang susah mengakses snek seperti aiskrim, dan kami teruja dapat berkongsi sedikit keceriaan itu dengan mereka,” kata Pengurus Jenama Kanan Wall’s, Jurene Teh.

Kempen ‘Wall’s Malaysia Makes It Happier 2024’ menonjolkan dedikasi jenama itu untuk
menyokong kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai usaha murni. Menerusi kerjasama dengan The Lost Food Project, Wall’s Malaysia bukan hanya membantu mengurangkan sisa
makanan tetapi juga memastikan semua berpeluang menikmati aiskrim yang lazat.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini