Sunway Malls, antara pengendali-pemilik pusat beli-belah terbesar di Malaysia, telah menganjurkan majlis pecah tanah pada hari ini untuk tujuan pembinaan Sunway Ipoh Mall, yang bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di Perak apabila disiapkan pada 2027.
Majlis pecah tanah tersebut disantuni oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani
Mohamad selaku tetamu kehormat. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi, Datuk Bandar Ipoh Dato’ Rumaizi Baharin, EXCO Pelancongan Perak, Loh Sze Yee, ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat, dan Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Redza Rafiq.
Dengan kos keseluruhan pembangunan berjumlah lebih daripada RM1 bilion, pusat beli-
belah di Sunway City Ipoh ini akan melebihi satu juta kaki persegi kawasan sewaan bersih
(NLA) yang meliputi empat tingkat peruncitan dan juga gelanggang luncur ais pertama di
Perak, sebuah pusat pameran, pusat boling 36 lorong, pusat sukan pelbagai guna, taman
selera dan pawagam 10 dewan tayangandengan kapasiti tempat duduk sebanyak lebih
kurang 1,500.
Saarani berkata, beliau mengiktiraf kepentingan kerjasama awam-swasta sebegini,
di mana sektor swasta memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan
ekonomi dan sosial.
“Matlamat utama saya adalah untuk memartabatkan Ipoh sebagai metropolis
antarabangsa dan mengembalikan kedudukan Perak sebagai salah satu negeri paling
maju dari segi ekonomi di Malaysia. Kerajaan Perak berbangga memberi sokongan
penuh padaprojek transformatif ini yang akan mentakrifkan semula landskap di sini,”
katanya.