Majestic Gen mengumumkan kejayaan majlis ‘topping-out’ bagi pembangunan Majestic Residence. Dengan status pembangunan pegangan bebas sofistikated yang bersedia untuk menakrif semula kehidupan mewah di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur, pencapaian fasa pertama penyempurnaan struktur ini menandakan kemajuan kukuh bagi penyiapan projek yang amat dinanti-nantikan menjelang suku pertama 2026.
Acara penting dengan penyempurnaan rangka struktur projek ini menandakan komitmen bersama syarikat terhadap kecemerlangan. Pencapaian ini juga membuktikan kemampuan Majestic Gen untuk memastikan kemajuan pembangunan lebih awal daripada jadual,
seterusnya dapat memeriahkan lagi perkembangan pesat di komuniti sekitarnya.
Majestic Residence, yang kini terjual sepenuhnya menggambarkan komitmen berterusan Majestic Gen terhadap reka bentuk inovatif di lokasi perdana.
Mengetengahkan konsep kediaman mewah yang berbeza, pembangunan ini direka untuk memenuhi keperluan individu dan keluarga dengan gaya hidup moden, di mana gabungan ini telah merealisasikan visi Majestic Gen.
“Majlis ini membawa kita lebih dekat untuk menyiapkan pembangunan yang akan menjadi kediaman yang ikonik dalam persekitaran hartanah mewah eksklusif di bandar Kuala Lumpur.
“Perjalanan kami menerusi Majestic Residence disematkan dengan dedikasi dan semangat juang tinggi yang menjadi inspirasi yang meyakinkan,” kata Dato Hoo Kim See, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majestic Gen.
“Prinsip CHARM yang menjadi teras falsafah kami adalah berpaksikan Pelanggan, Jujur, Bercita-cita Tinggi, Berdaya Tahan, dan penuh Kemegahan. Nilai-nilai panduan yang kami pegang teguh ini akan mencipta ruang kehidupan yang mewah, tetapi praktikal.
“Kami amat berterima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang bersama-sama menjadikan ini satu kenyataan. Visi kami untuk menjadikan Majestic Residence sebagai mercu tanda yang menggabungkan reka bentuk moden, lokasi strategik, dan kualiti luar biasa untuk pelanggan
yang kami hargai,” katanya.
Terletak di salah satu kawasan kejiranan paling dihormati di Kuala Lumpur, Majestic Residence memiliki potensi peningkatan nilai modal yang ketara dan permintaan sewa yang kukuh, didorong prospek pertumbuhan jangka panjang bandar ini sebagai hab perniagaan dan kewangan masa depan yang penting dengan tumpuan pelaburan langsung asing berterusan.
Lokasi strategiknya memastikan penghuni menikmati akses tanpa had sambil memastikan mereka dapat menikmati kehidupan harian lebih tenang, menjauhkan mereka dari hiruk-pikuk bandar dan trafik sesak.