Jika anda inginkan lebih banyak pilihan, dan lebih kepelbagaian rasa pizza, sekarang masanya untuk anda lawati cawangan Domino’s Pizza yang terdekat kerana Domino’s kini melancarkan bukan satu malah dua menu yang baharu!
Memperkenalkan Pepperoni-roni, ciptaan menu yang enak dan memberikan pengalaman menikmati piza ke tahap yang baharu. Dihadirkan dengan peperoni daging dan ayam, piza Pepperoni-roni mengandungi lebih 150% kepingan peperoni.
Pizza ini dicipta khusus untuk pencinta pepperoni dan untuk sesiapa yang menyukai kemeriahan daging. Pepperoni-roni juga menampilkan Mozzarella Twisty Crust untuk menambah rasa dan tekstur yang melengkapi lapisan kerak pizza yang sempurna.
Kerak pizza yang unik ini dijalin dengan keju mozzarella di dalam doh, memberikan suapan lazat penuh keju.
Bersama-sama Pepperoni-roni, Domino’s juga teruja ingin memperkenalkan, Cheese Bowl-Cano, satu ciptaan menu inovatif yang baharu. Menu unik ini disajikan dalam doh segar berbentuk seakan-akan mangkuk yang bukan sahaja berfungsi, malah boleh dinikmati dan ia dibakar sempurna sehingga keperangan.
Cairan keju yang diisi penuh di dalam Cheese Bowl-Cano memberi versatili untuk dinikmati bersama pizza kegemaran atau dicelup bersama hidangan sampingan pilihan yang lain.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia Singapura dan Kemboja Linda Hassan berkata, “Dalam ekonomi dimana kenaikan kos semakin tinggi, orang ramai memilih kenikmatan dalam makanan yang juga menawarkan nilai yang hebat.
“Di Domino’s, kami berada di kedudukan yang tepat untuk memberi pengalaman ini. Dalam kami terus mencipta inovasi, kami juga memastikan menu terbaharu selari dengan apa yang pelanggan kami suka.
“Pelancaran menu seperti Pepperoni-roni dan Cheese Bowl-Cano adalah bukti komitmen kami. Dengan Pepperoni-roni, kami bukan sahaja memperkenalkan menu baharu, kami juga menambah baik menu kegemaran rakyat Malaysia dengan menawarkan gandaan
topping piza yang mereka suka.
“Cheese Bowl-Cano terinspirasi dari penerimaan yang amat baik dari menu baru-baru ini, Cheese Volcano Pizza. Inovasi menu seperti ini adalah cara kami memberikan pengalaman menikmati piza kami, dengan menyajikan menu yang berkualiti tinggi, membolehkan pelanggan kami bukan sahaja seronok untuk merasai malah menghargai menu tersebut dengan harga yang amat berpatutan dalam ekonomi sekarang.”
Penyerahan sijil yang diadakan di Lot 10, Kuala Lumpur, merupakan pencapaian bermakna bagi Domino’s Pizza kerana Pepperoni-roni telah diiktiraf secara rasminya sebagai piza dengan kepingan peperoni yang paling banyak dalam satu piza di Malaysia.
Pengiktirafan ini dinobatkan oleh Malaysia Book of Records dan disaksikan oleh orang ramai dimana mereka juga berpeluang untuk menikmati sampel percuma piza Pepperoni-roni dan Cheese Bowl-Cano yang lazat.