Rentetan kejayaan pelancaran cawangan fizikal pertamanya di SOGO KL, Malaysia, Ulike melancarkan pula kedai ‘pop-up’ yang dinanti-nantikan bertempat di IOI City Mall Putrajaya hari ini.

Melalui sokongan padu yang ditunjukkan oleh peminat, Ulike, jenama Peranti Penyingkir Buldi Rumah Nombor Satu Dunia 2022, dan jenama isi rumah yang dipercayai dalam sektor
kecantikan serta penjagaan badan di rumah di seluruh dunia, mengajak peminatnya di
Malaysia untuk menyertai mereka dalam membawakan Masa Hadapan Kecantikan di
Malaysia menerusi pelbagai promosi mengujakan, sesi mencuba produk, aktiviti menarik dan banyak lagi.

Dari 27 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024, peminat Ulike boleh berkunjung ke IOI City Mall
Putrajaya untuk menyertai beberapa siri aktiviti yang menjanjikan keseronokan untuk seisi
keluarga.

Peminat turut berpeluang mencuba seleksi produk inovasi terlaris dalam dunia kecantikan keluaran jenama ini serta berpeluang untuk beramah mesra dengan beberapa bintang terkenal di Malaysia termasuk Hannah Delisha, DeFam, Phei Yong dan ramai lagi!

Leong KM, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Kumpulan Ulike berkata, “Kami teruja untuk
memperkenalkan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia bagi menyaksikan
keupayaan inovatif peranti canggih kami yang berkesan, selamat, dan membawa teknologi
kecantikan profesional ke rumah pengguna.

Menembusi pasaran Malaysia buat pertama kalinya menerusi pembukaan kedai utama yang pertama di SOGO KL, kami menerima sambutan yang amat menggalakkan, sekaligus mendorong kami untuk membuka kedai ‘pop-up’ ini di IOI City Mall, Putrajaya.

Justeru itu, kami ingin mengalu-alukan kehadiran pengguna ke sini dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang penuh dengan keseronokan bersama beberapa nama besar di Malaysia. Kami berharap dapat terus menganjurkan aktiviti sebegini dalam masa terdekat agar lebih ramai pengguna dapat merasai sendiri inovasi secara terus.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini