Peminat bola sepak tanahair pasti sudah tidak sabar menantikan kehangatan Liga Malaysia musim baru 2024/25! Astro selaku penyiar rasmi Liga Malaysia bagi musim kedua tahun ini akan membawakan sebanyak 219 perlawanan dalam Definisi Tinggi (HD) bermula dengan perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) diantara JDT dan Selangor FC bermula 10 Mei ini.

Berita baik buat pelanggan Astro juga dimana semua pelanggan Astro dapat menikmati akses tanpa caj tambahan untuk semua perlawanan siaran langsung Liga Malaysia untuk musim baru yang merangkumi perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia dalam definisi tinggi (HD) di Arena Bola (Saluran 803 & 804) dan Astro Arena (Saluran 801 & 802) atau dengan melayari Astro GO.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, “Keghairahan peminat terhadap Liga Malaysia pada musim lalu memberi inspirasi kepada kami untuk menawarkan
tawaran eksklusif ini kepada peminat dan kami yakin usaha ini mampu memacukan lagi
pembangunan bola sepak tempatan dengan memberi keseronokkan kepada peminat merasai pengalaman tontonan mengujakan ini dari atas pandang, langsung ke rumah atau melalui peranti pilihan peminat.

Dari Kiri – Dato’ Ab Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League dan Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro

“Rentetan kejayaan pada musim lalu, kami akan terus meningkatkan lagi kandungan terbaik program dengan membawakan analisis mendalam dari tetamu pakar bola sepak, sidang media pra-rancangan, siaran langsung untuk sesi latihan pasukan, temubual eksklusif pemain serta akses di sebalik tabir perlawanan.

“Bukan itu saja, pelbagai tawaran istimewa kepada pelanggan bertuah Astro dimana mereka boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan dengan lebih dekat serta bertemu pemain-pemain kegemaran mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Malaysian Football League, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, “Saya
percaya kerjasama dengan Astro untuk tahun kedua ini pasti lebih menarik dengan beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh Astro dari segi produksi penyiaran, program-program TV berkaitan bola sepak serta pakej-pakej yang ditawarkan kepada penonton-penonton bola sepak tempatan.

“Saya berterima kasih kepada Astro atas usaha dan komitmen mereka untuk membangunkan industri bola sepak menerusi siaran langsung perlawanan Liga Malaysia secara komprehensif apatah lagi dengan siaran langsung menerusi paparan definisi tinggi (HD) dalam semua perlawanan serta definisi tinggi ultra (UHD) dalam perlawanan terpilih bagi menambah kepuasan penonton,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini