BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW iX3 Edisi Akhir Baharu, kini dengan kemasan tambahan M Performance yang melengkapkan pakej M Sport, sekaligus meningkatkan
lagi penampilan atletik Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) elektrik penuh premium tersebut.

BMW iX3 Edisi Akhir Baharu dibina berdasarkan versi ‘Impressive’ dan kini menampilkan kemasan baharu M Performance sebagai standard, yang terdiri daripada penutup cermin karbon M Performance, kemasan ambang pintu gentian karbon M Performance, spoiler belakang M Performance, serta naik taraf seumur hidup untuk suspensi M Adaptive.

Diperbuat daripada gentian karbon, penutup cermin karbon M Performance menekankan generasi berteknologi tinggi SAV ini dan menambahkan sentuhan atletik pada reka bentuk dinamiknya.

Kemasan ambang pintu gentian karbon M Performance juga kini dilengkapi dengan sisipan karbon dan meningkatkan penampilan gaya sporty di samping logo berwarna M Performance yang menyerlah.

Reka bentuk spoiler belakang M Performance yang hitam berkilat memberikan penampilan agresif pada SAV ini yang pastinya menarik perhatian ramai. Selain itu, suspensi Adaptive M yang baharu dengan ciri naik taraf seumur hidup, membolehkan pemandu memilih antara tetapan standard yang selesa atau beralih kepada mod Sport untuk pengendalian yang lebih sporty.

BMW iX3 Edisi Akhir Baharu akan terus menampilkan pelbagai kemasan standard yang sofistikated seperti bumbung kaca yang panoramik, penyaman udara automatik dengan kawalan tiga zon, tempat duduk sukan elektrik untuk pemandu dan penumpang hadapan, tayar aerodinamik M bersaiz 20 inci dengan 890 M Bicolour, Pembantu Pemandu Profesional, Pembantu Parkir Kereta Plus, lampu laser BMW, sistem bunyi sekeliling Harman Kardon, paparan hadapan BMW dan kaca akustik.

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW iX3 Edisi Akhir Baharu ini adalah:
BMW iX3 Edisi Akhir Baharu RM299,800.00
(Tambahan) Servis & Pembaikan Inklusif BMW (terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis) RM19,800.00

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini