Kardinal, jenama industri produk rokok elektronik atau popular dipanggil vape, baru-baru ini melancarkan Lumina Discovery Raya Pack, sempena musim perayaan ini.
Lumina, koleksi keluaran kesembilan dari Kardinal ini menampilkan peranti ‘closed-pod’ dengan teknologi terbaru iaitu ‘ceramic mesh coil’ yang mampu menghasilkan pengeluaran asap yang lebih banyak, memberi kualiti perisa lebih baik dan jangka hayat bateri lebih panjang berbanding produk vape lain.
Pengarah Operasinya, Erwin Teow berkata, jenama Kardinal bermula pada 2017 ketika itu pengeluaran utamanya hanya tertumpu kepada pengeluaran e-liquid iaitu cecair perisa untuk peranti vape.
“Sebelum ini, penjualan produk kami lebih tertumpu kepada pasaran luar seperti Amerika Syarikat, Brazil, Afrika Selatan, Jepun dan beberapa negara lagi, tetapi bermula tahun lepas, kami mula memberi fokus kepada pasaran tempatan”, katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kardinal; IllumiRaya di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Datuk Amy Search, Lunadira, Midnight Fusic, Gard Wuzgut, Kicau-Bilau dan Jemput Dengar.
Peranti Lumina boleh didapati pada harga RM75 manakala pod KSpod Lumina (2.5ml) pada harga RM14 dengan lebih 30 pilihan perisa unik.