Volvo Car Malaysia akan menganjurkan Jualan Ulangtahun Volvo untuk meraikan ulang tahun ke-97 jenama itu dan menawarkan hadiah
ulang tahun berupa percutian ke Sweden untuk dua orang yang bernilai RM50,000.
Acara istimewa ini akan berlangsung selama tiga hari dari Jumaat, 26 April hingga Ahad, 28 April 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur ataupun mana-mana pengedar Volvo lain di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak dan menikmati tawaran rahsia bagi seluruh rangkaian model elektrik Volvo.
Pelanggan yang membeli model elektrik penuh Volvo semasa acara ini berlangsung berpeluang memenangi hadiah utama – percutian untuk dua orang bernilai RM50,000 ke tanah air Volvo di Gothenburg, Sweden dan lawatan ke World of Volvo, yang merupakan pusat pengalaman baharu jenama automotif itu, yang akan membuka pintunya buat kali pertama pada 14 April 2024.
Ketika Jualan Ulang Tahun Volvo, pelanggan yang berminat berpeluang mendapat tawaran tambahan untuk membeli model Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, disamping tawaran sedia ada bulan April, iaitu rebat sebanyak RM15,000.
Sekiranya anda mencari lebih banyak kepelbagaian dan ruang yang lebih di bahagian belakang, anda boleh memilih Volvo XC40 Recharge Pure Electric, model elektrik sepenuhnya pertama Volvo, dengan pecutan 0 – 100km/j dalam masa kurang daripada 5 saat.
Selain daripada model elektrik sepenuhnya Volvo, peserta juga boleh menikmati tawaran untul rangkaian kereta hibrid (PHEV) Volvo Car Malaysia termasuk Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge.
Pilihan kereta Volvo SELEKT, iaitu kereta terpakai berkualiti dengan jaminan dan pemeriksaan penuh yang dilakukan oleh Volvo Car Malaysia – juga
akan tersedia semasa acara ini.
Selain itu, sebagai tanda 97 tahun warisan dan inovasi keselamatan Volvo di jalan raya, 97 pelanggan pertama yang membuat pesanan dalam tempoh tiga hari itu juga akan menerima Kotak Hadiah Volvo eksklusif semasa penghantaran kereta baharu mereka.
Jangan lepaskan peluang menarik ini untuk meraikan bersama Volvo dan mendapatkan tawaran yang luar biasa. Daftar untuk menempah tempat anda dan nikmati perkhidmatan peribadi di Jualan Ulangtahun Volvo di https://forms.volvocarmalaysia.com/birthday-sale.