Auto Bavaria, rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia,  mempersembahkan bilik pameran terbaharunya yang telah ditambah baik, menampilkan kemudahan yang dinaik taraf dan perkhidmatan yang diperbaharui bersesuaian dengan pelanggan yang peka pada kemodenan.

Terletak di Chan Sow Lin (CSL), bilik pameran yang dipertingkat ini akan mempamerkan
kenderaan daripada portfolio BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, “Pembaharuan Auto Bavaria CSL mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk memajukan mobiliti individu premium melalui penambahbaikan dan peningkatan yang berterusan.

Komitmen ini termasuklah penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan bilik pameran, serta penambahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik.

Auto Bavaria CSL memperlihatkan dedikasi kami untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka, serta mengukuhkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan Sheer Driving Pleasure.”

Vi Thim Juan, Pengarah Urusan Auto Bavaria berkata, “Dengan transformasi bilik pameran terkini ini, kami amat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran pelanggan ke ruang pengedar yang telah dinaik taraf, dalam memberikan pengalaman pemilikan premium kepada mereka.

Auto Bavaria CSL yang diberi nafas baharu ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih sejajar dengan pengalaman kami selama 36 tahun dalam menyampaikan Sheer Driving Pleasure, serta menegaskan komitmen kami untuk memberikan kecemerlangan tertinggi dalam khidmat pelanggan.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini