MINI, jenama automotif premium kompak paling sofistikated di Malaysia memperkenalkan edisi terhad MINI Countryman JCW Trim hari ini, dengan penambahbaikan reka bentuk
luaran dan dalaman yang sungguh gah, pastinya menarik perhatian ramai.
MINI Countryman mendapat sambutan luar biasa sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di negara ini pada 2011, terutamanya apabila pemasangan tempatan model tersebut bermula pada 2013 di Kulim.
Sebagai model MINI yang mencatatkan prestasi tinggi di Malaysia saban tahun, kenderaan aktiviti sukan (SAV) ini menawan hati dengan mengekalkan DNA MINI yang ikonik serta menawarkan pemilik lebih ruangan untuk keterujaan berganda.
MINI Countryman, SAV kesayangan ramai ini bakal memikat hati rakyat Malaysia buat kali terakhir dengan persembahan tawaran akhirnya dalam JCW Trim.
Edisi eksklusif MINI Countryman ini hadir dengan kit aerodinamik John Cooper Works (JCW) yang menampilkan elemen reka bentuk berkuasa terdiri daripada apron hadapan dengan saluran udara pasang siap dan bampar belakang dengan peresap.
Kit ini juga menyerlahkan penampilan MINI Countryman dengan kemasan ambang pintu MINI JCW, spoiler belakang yang sporty dan JCW Circuit Spoke Wheels 19-inci dengan tayar-gerak kempis.
MINI Countryman JCW Trim mengekalkan enjin berkuasa MINI TwinPower Turbo 2 liter yang menghasilkan 192 hp dan tork 280 Nm, mampu memecut dalam 7.5 saat dan kelajuan tertinggi 226 km/j.
Dilengkapi dengan Transmisi Automatik Sukan Dwi Klac 7-Kelajuan, kenderaan ini boleh mencapai penukaran gear yang sangat pantas dalam mod pemanduan SPORT atau mengaktifkan fungsi pacuan neutral untuk meningkatkan keselesaan melalui mod pemanduan GREEN.
Harga jualan yang disyorkan bagi MINI Countryman JCW Trim termasuk SST (sedia digunakan, tanpa insurans) adalah:
MINI Countryman RM 250,388.00
MINI Countryman dengan JCW Trim RM 253,833.00