Menjelang Ramadan yang bakal tiba ini, Jakel, gedung tekstil terkemuka negara melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula 8 Mac 2024.

Bertepatan dengan moto kempen “bergaya sambil berjimat” Jakel menawarkan harga yang lebih rendah berbanding tahun sebelum ini untuk semua koleksi pakaian bercorak dan rekaan terkininya. Menariknya pihak Jakel juga membenarkan konsep tawar menawar supaya pelanggan mampu memiliki pakaian dengan harga yang mampu dibayar.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kesemua koleksi pakaian ‘ready to wear’ bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak pada tahun ini berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel dan diyakini mampu memenuhi citarasa pelanggan.

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu pada RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang, selain pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau sampin berkualiti berteraskan kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

“Malah bagi koleksi wanita ‘ready to wear’ ditawarkan serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024”, katanya.

Bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang promosi yang akan berlangsung selama sebulan ini, Jakel menyediakan stok baju Melayu sebanyak 3 juta pasang di seluruh Malaysia.

Jakel turut menyediakan koleksi KOMBO sedondon khusus buat keluarga dan pasangan. Pelbagai pilihan pakaian untuk kanak-kanak juga boleh didapati dari peringkat bayi sehingga ke usia 14 tahun pada harga yang amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang.

Selain koleksi pakaian raya, Jakel turut menawarkan diskaun sehingga 85% bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan banyak lagi.

Mohamed Faroz berkata, pelanggan juga berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan kurta pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak serendah RM29.

“Apapun, para pelanggan tidak perlu risau tentang parkir di Jakel Mall, kerana kami menyediakan lebih 2,000 ruang parkir, selain surau dan tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan”, katanya.

Jualan promosi Raya Sakan ini membabitkan seluruh cawangan Jakel seluruh negara bermula 9 Mac hingga ke malam raya.

“Ingat raya, ingat Jakel, singgah Jakel barulah raya”, katanya lagi.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini