Ketua Polis Terengganu, Deputi Komisioner, Datuk Mazli Mazlan membuat kunjungan mesra di DinMega. Kuala Terengganu yang disambut oleh Pengerusi DinMega Haji Tajuddin yang juga bekas Pengerusi MCPF Negeri Terengganu, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican.

Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dr Mustapha berkata, sesi kunjungan itu turut disertai oleh Pengetua SMK Megat Panji Alam, Cikgu Kamal dan Pengarah Urusan DinMega, Mohd Syarifuddin.

Dalam lawatan mesra itu, antara isu dibincangkan termasuk isu terkini berkaitan jenayah di sekolah dan masyarakat di Terengganu selain menekankan aspek pencegahan dan pendidikan.

Datuk Mazli juga berharap semua pihak membantu PDRM dengan melaporkan apa sahaja perkara berkaitan jenayah supaya aspek pencegahan awal dapat dilakukan.

Beliau juga berharap banyak program cegah jenayah dibuat di sekolah dan institusi pengajian tinggi diadakan secara berterusan di Negeri Terengganu serta membabitkan persatuan belia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini