Bertapak lebih sedekad di pasaran Malaysia dan Thailand, tahun 2024 menyaksikan pembukaan butik mewah Elrah Exclusive di ‘Shoppes at Four Season Place’ Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Lokasi outlet ini yang terletak di tengah pusat bandar Kuala Lumpur bakal memberikan pengalaman berbeza kepada para pelanggan dengan menjanjikan suasana yang lebih selesa dan mewah dengan harga yang mampu milik.

Koleksi baju Melayu Elrah untuk tahun ini masih mengekalkan rekaan ‘slim-fit’ dari fabrik jenis ‘abloh crepe’ yang berkualiti tinggi dengan 100 pilihan warna.

Pengasas Elrah Exclusive, El Azman berkata, mereka masih mengekalkan koleksi berkualiti dan ekslusif pada harga mampu milik iaitu dari RM99 sehingga RM199 dengan harga yang ditawarkan masih berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

“Selain busana baju Melayu, kami juga turut mengeluarkan koleksi pakaian lain seperti baju Melayu ultimate 2.0, baju Melayu luxe teluk belanga, kurta klasik eksklusif, jubah eksklusif, koleksi sampin dewasa dan juga kanak-kanak. Semua koleksi ini boleh didapati dari saiz XXS sehingga XXL”, katanya.

Turut hadir semasa sesi pelancaran, duta rasmi jenama ini selebriti, Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy.

1 KOMEN

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini