AirAsia mengumumkan rancangan pelancaran kumpulan syarikat penerbangan dengan rangkaian tambang rendah pertama dunia.

Rancangan ini  memanfaatkan strategi pelbagai hab uniknya yang telah dibina selama 22 tahun melalui syarikat penerbangannya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja tidak lama lagi

Pengumuman tersebut dibuat semasa majlis lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Pesawat Komersial Airbus, Christian Scherer, ke RedQ, iaitu ibu pejabat korporat AirAsia di Malaysia.

Ratusan kakitangan AirAsia, Ketua Pegawai Eksekutif, serta pihak pengurusan AirAsia hadir bagi menyambut pemimpin Airbus itu semasa lawatan pertamanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ke ibu pejabatnya yang merupakan pejabat untuk 6,000 Allstars (kakitangan AirAsia).

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A syarikat induk bagi kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, berkata: “Semua pencapaian kami, antaranya menjadi salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terbesar dan paling popular di dunia adalah hasil kerjasama erat bersama-sama Airbus.

Jenis pesawatnya yang mempunyai antara spesifikasi terbaik sejajar dengan usaha kami untuk terus mengembangkan rangkaian penerbangan. Dengan penambahbaikan berterusan kepada pesawat, kecekapan penggunaan bahan api, peningkatan jumlah muatan dan keupayaan untuk terbang lebih jauh, membolehkan kami menawarkan penjimatan terbaik dan perkhidmatan lebih berkualiti.

“Kami berharap untuk mengembangkan rangkaian pesawat kami dengan memperkenalkan model pesawat Airbus A321LR dan A321XLR yang akan menggantikan pesawat utama iaitu A320 dalam tempoh beberapa tahun akan datang dari hab utama kami termasuk Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, dan lain-lain.

Pesawat baharu dengan spesifikasi lebih canggih ini akan menawarkan lebih fleksibiliti bagi perkhidmatan laluan jarak sederhana sedia ada dan memperluas rangkaian ke destinasi-destinasi yang masih belum diterokai, termasuk destinasi menarik seperti di Asia Utara, Australia dan Asia Tengah.”

“Dengan pesawat Airbus A330 yang melibatkan laluan jarak sederhana hingga jarak jauh termasuk pesawat A330neo, kami bercadang untuk mengembangkan rangkaian ke destinasi di benua Eropah seperti London, Paris, Amsterdam, Bratislava, Barcelona, Copenhagen, Afrika (Kaherah, Nairobi, Cape Town) Pantai Timur Amerika Utara (New York, Miami, Toronto) melalui Eropah dan Pantai Barat Amerika Utara (San Francisco, Los Angeles, Vancouver) melalui Jepun.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini