TOP, jenama detergen No. 1 di Malaysia* terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan dalam usaha mencari penyelesaian bagi isu-isu pembersihan pakaian demi
kesejahteraan pengguna dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat mereka
menerusi inovasi dan penemuan terbaharu.
Kini, anda dapat membangkitkan mood ceria anda dengan serbuk detergen TOP! TOP Magical Infusion adalah serbuk detergen revolusioner yang mengubah pengalaman cucian pakaian anda menjadi pengalaman yang ajaib dan membawa anda ke dunia yang menakjubkan lagi mengagumkan.
TOP mementingkan kajian demi pengguna secara mendalam dan menerusi kemajuan dan
sokongan teknikal Lion Corporation Japan, hasilnya telah terbukti bahawa TOP Magical
Infusion berjaya memenuhi jangkaan pengguna untuk memberikan kegembiraan, kesegaran dan berpuas hati setelah penggunaan produk tersebut (Consumer Research 2023).
Menampilkan dua jenis teknologi unik daripada Lion Corporation Japan, wangian TOP
Magical Infusion yang menaikkan semangat secara berkesan dapat membangkitkan mood
dan merangsang deria anda:
Mood Science Tech: Haruman bunga premium yang halus namun kaya membangkitkan
perasaan gembira dan yakin;
Bloom Sense Tech: Apabila fabrik digosok, wangian semerbak yang menakjubkan akan
dikeluarkan dan menghasilkan kesan tahan lama yang membantu anda berbau segar
dan yakin sepanjang hari.
Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa “TOP terus memacu inovasinya untuk memberikan gaya hidup yang lebih baik seiring dengan janji jenama iaitu inovasi demi kehidupan yang lebih baik.
Jenama ini mementingkan usaha dalam menyingkap isu-isu dalam kehidupan sebenar, dan meningkatkan prestasi produknya. TOP Magical Infusion menjadi contoh terbaik detergen termaju yang boleh meningkatkan kesejahteraan diri dengan cara yang mudah, pada harga berpatutan dan produk yang mudah didapati.
Daripada mencuci sehingga memakai, kami memberi perhatian kepada setiap perincian supaya keseluruhan proses menjadi menyeronokkan dengan Mood Science Tech. Sewaktu mencuci pakaian, haruman campuran khas TOP Magical Infusion boleh menyegarkan deria anda.
Apabila dipakai, setiap pergerakan mengeluarkan haruman wangian premium yang boleh membangkitkan mood dan meningkatkan keyakinan anda sepanjang hari. Terima kasih kepada teknologi termaju daripada Lion Jepun, manfaat menghilangkan stres dan meningkatkan mood ini tidak mahal, supaya kami boleh terus mencipta detergen yang berkuasa dan berkesan untuk meningkatkan pengalaman gaya hidup pengguna kami.