Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon di ibu pejabatnya di Kajang, semalam.

Dr Mustapha berkata, antara perkara dibincangkan termasuk berkaitan isu semasa, serantau dan antarabangsa.

“Sebagai salah seorang penceramah sukarela khususnya di pusat pengajian termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), saya juga meluaskan ceramah motivasi ke sekolah-sekolah bagi memperkasakan pendidikan jati diri pelajar, semangat setiakawan, antibuli dan kesedaran pendidikan cegah jenayah serta dikalangan para pelajar,” katanya.

Beliau berkata, para graduan penting didedahkan dengan ceramah berkaitan integriti dan jenayah dadah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah atau menjadi ‘keldai dadah’.

“Kami berharap mendapat kerjasama dan sokongan daripada Ketua Pengarah AADK bagi setiap program yang saya jalankan akan bersama juga dengan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia khususnya di sekolah dan universiti,” katanya lagi.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini