Setel, aplikasi pembayaran petrol utama di Malaysia, bakal mencuri perhatian menerusi kempen akhir tahunnya, ‘Semua Boleh Setel’.

Kempen yang komprehensif ini merupakan salah satu langkah untuk menjadikan Setel
sebagai platform pilihan untuk mendapatkan lebih manfaat daripada pembelian barangan
harian serta keperluan kenderaan, bukan hanya petrol semata.

Bermula 13 November 2023, kempen ‘Semua Boleh Setel’ menawarkan insentif pulangan
tunai yang sangat menarik. Pengguna Setel boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10%
untuk pembelian di jenama rakan strategik terpilih.

Selain itu, pengguna juga dapat menikmati pulangan tunai 3% untuk transaksi terpilih seperti pembelian di kedai dan dalam talian, parkir kenderaan, pengecasan EV, pembaharuan cukai jalan, dan bantuan auto 24/7.

Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel, dengan terujanya
mengumumkan, “Setel telah mencapai pencapaian yang ketara dengan membolehkan
transaksi tanpa tunai di lebih 1.6 juta kedai dan memenuhi keperluan kenderaan yang
pelbagai selain petrol.

Hari ini, kami teruja untuk melancarkan kempen ‘Semua Boleh Setel’ dengan kerjasama rakan strategik yang dihargai. Inisiatif ini bertujuan menghargai pengguna dengan promosi pulangan tunai yang menarik, selain menandakan satu lagi usaha dalam mencapai matlamat menyeluruh kami untuk memupuk mobiliti yang inklusif.”

Informasi utama kempen ‘Semua Boleh Setel’ termasuk:

Pulangan tunai 10 peratus untuk jenama terpilih
Bermula dari 13 November 2023 hingga 12 Januari 2024, bersedia untuk menerima ganjaran serta-merta dengan pulangan tunai 10%, terhad pada RM5 sebulan, apabila
membeli barangan jenama kegemaran anda menggunakan aplikasi Setel. Rangkaian
perniagaan yang terpilih termasuk:
● KK SUPER MART
● Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)
● Village Grocer
● PLUS R&R
● Ben’s Independent Grocer
● Pasaraya OTK
● Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (OldTown White Coffee)
● Loob Holding (Tealive)
● Chatime
● Pasta Panas
● Café Mesra
● Bake With Yen

● BSC Fine Foods
● Leisure Grocer
● redBus