China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), Kontraktor Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), telah menganjurkan majlis pemasangan landasan ECRL yang pertama, dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar
Al-Haj.

Perasmian ini menandakan sebuah titik permulaan yang penting untuk pemasangan landasan 94-kilometer dari stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, Terengganu, dimana ia dijangka untuk mengambil masa dalam tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan.

Selepas itu, projek ini akan disambung untuk memasang landasan dari stesen KPC ke Temerloh, dan menuju ke arah utara di Dungun ke Kota Bharu, dan diakhiri dengan Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor.

Wang Tongzhou, pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah syarikat induk CCC-ECRL, menyatakan, “Kami mengucapkan terima kasih kepada for Yang di-Pertuan Agong and Raja Permaisuri Agong yang mencemar duli menyempurnakan majlis pelancaran ini, yang bukan sahaja menandakan peristiwa penting tetapi juga merelialisasikan era baru untuk proses pembinaan infrastruktur mega kereta api ECRL di Malaysia.

Pemasangan landasan yang telah dilancarkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua ini menandakan komitmen kami untuk meraihkan Malaysia dengan kemajuan, inovasi, dan integrasi ketersambungan mobiliti yang bermakna. Di dalam perjalanan ini untuk menganjak maju kehadapan, kami akan meneruskan usaha dengan mengukuhkan dedikasi kami untuk kecemerlangan, keselamatan, dan kesinambungan komuniti, inspirasi kami adalah untuk mencipta sistem pengangkutan rel yang merangkumi aspirasi Malaysia terhadap masa hadapan yang terhubung.”

Pembinaan landasan ECRL yang asas dan terletak di stesen KPC, merangkumi fungsi yang penting seperti Pusat Kawalan Operasi Pembinaan Kereta Api (CROCC), Bengkel Produksi Konkrit Sleeper, Trek Sementara, and Bengkel Welding Rel. Tambahan lagi, CROCC akan menggunakan sistem pengurusan untuk mengendalikan operasi pintar, arahan visual, dan menganalisis data yang merentasi seluruh rangkaian pengangkutan rel.

Untuk memastikan pembentukan asas yang kukuh dan meningkatkan keselesaan penumpang ketika kereta api sedang beropersi dengan mengurangkan getaran terhadap kereta api, CCC-ECRL akan menggunakan alat yang canggih iaitu Mesin Pemasangan Trek CCPG500A, bersama Long Welded Rail (LWR) yang panjangnya 500 meter dan juga pre-stressed mono-block sleepers.

Dengan menggunakan peralatan tersebut, projek ini diramalkan untuk memasang landasan trek antara 1.5km ke 2.5km dalam masa sehari, peningkatan ketara jika dibandingkan dengan kaedah kovensional, yang hanya boleh memasang landasan trek antara 500 ke 700 meter dalam masa sehari.

Selain itu, untuk memudahkan bahan-bahan pengangkutan trek, enam lokomotif diesel yang telah diubah suai sudah tiba pada hujung Oktober yang lalu. Dengan panjang 22 meter dan kelajuan maksimum 100 km/j, lokomotif ini telah diubah suai kepada persekitaran, dengan menampilkan transmisi elektrik AC-DC dan dilengkapi dengan sistem kawalan mikrokomputer dan peranti self-load resistance braking.