Raikan Transformasi Inovatif dan Kepimpinan Cemerlang

Dari kiri ke kanan: Jamal Nasir Khan, Ketua Integriti Pos Malaysia, Khairul Nizan Che Nik, Pengurus Besar Negeri Selangor, Pos
Malaysia, Rai Yatim, Ketua Transformasi Budaya Pos Malaysia, Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia,
Mohd Amin Nalah Bin Yahya, Ketua Pengurusan Risiko Pos Malaysia di Malaysia Management Excellence Awards 2023

Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, baru-baru ini meraih dua lagi anugerah berprestij, kali ini di Malaysia Management Excellence Awards 2023 anjuran ‘Asian Business Review’ – sebuah penerbitan khas untuk komuniti perniagaan Asia yang dinamik.

Anugerah tersebut meraikan pencapaian cemerlang pemimpin perniagaan Malaysia yang paling luar biasa, inovator berwawasan, dan pasukan yang padu. Pos Malaysia unggul dalam kategori Employee Engagament of the Year – Logistic dan Executive of the Year – Logistic.

Pencapaian ini melengkapkan senarai anugerah yang telah Pos Malaysia peroleh pada tahun 2023, dan mengiktiraf kepimpinan teladan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Charles Brewer.

Sejak Charles Brewer mengambil alih kepimpinan pada Ogos 2021, Pos Malaysia telah memulakan perjalanan transformasi demi mengukuhkan komitmennya terhadap kecemerlangan dan melaksanakan pelbagai strategi inovatif yang meletakkanya sebagai pemain utama dalam industri.

Komitmen Pos Malaysia terhadap kecemerlangan perkhidmatan turut mendapat pengiktirafan lanjut menerusi Tinjauan Cabaran Kurier 2022 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pos Malaysia mencapai prestasi penghantaran terjamin yang cemerlang sebanyak 96 peratus, melebihi penanda aras 78 peratus yang ditetapkan. Pencapaian ini adalah hasil usaha gigih syarikat yang bertekad untuk mencapai kecemerlangan, didorong oleh komitmen mendalam dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan
perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang.