Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia), pengendali takaful pertama di Malaysia, melancarkan KAOTIM, sebuah platform digital dan jenama baharu yang diuruskan oleh Takaful Malaysia.

KAOTIM adalah satu inisiatif digital bertujuan  memberikan pengalaman yang lebih mesra pelanggan dan selamat. Dengan KAOTIM, para pelanggan dapat  menikmati proses pelangganan dalam talian yang mudah dan pantas. Platform ini menawarkan MediKad, pelan  perlindungan perubatan semua-dalam-satu pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia. 

Hadir pada majlis pelancaran KAOTIM ialah Pengerusi Kumpulan Takaful Malaysia, Dato’ Mohammed Hussein;  Pengerusi Takaful Malaysia Am (cabang Takaful Am bagi Takaful Malaysia Keluarga), Ismail Mahbob; Lembaga  Pengarah Takaful Malaysia Keluarga dan Takaful Malaysia Am; Badan Penasihat Syariah; Ketua Pegawai  Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal; Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am,  Mohamed Sabri Ramli dan Pengurusan Kanan Takaful Malaysia. 

Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, berkata, “Pelancaran KAOTIM hari ini  menunjukkan usaha strategik kami mengukuhkan kedudukan dalam bidang insurans dan takaful digital.

KAOTIM memperkukuhkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang lebih mesra pelanggan kepada generasi  kini. Menerajui inisiatif digital, kami melangkah ke hadapan untuk menjadi peneraju digital dalam industri insurans  dan takaful dan memenuhi aspirasi jangka panjang ke arah pendigitalan industri perkhidmatan kewangan,  gelombang digital dalam sektor insurans dan takaful yang sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan  daya saing ekonomi dan dinamisme untuk pertumbuhan ekonomi digital.” 

“Pengenalan KAOTIM menyokong langkah strategik kami dalam mengukuhkan perniagaan peruncitan, menarik  segmen pelanggan baru sekali gus membolehkan transaksi dalam talian yang lebih lancar sesuai dengan gaya  hidup terkini.

“Kami berbangga dengan pencapaian ini. Kami memanfaatkan teknologi digital dalam usaha kami  untuk menawarkan pelbagai produk yang lebih mesra pelanggan. Dengan pelancaran KAOTIM, kami  memperkenalkan MediKad, pelan perlindungan perubatan yang murah dengan penjimatan lebih besar dari  serendah RM38 sebulan bagi memenuhi keperluan perlindungan kumpulan umur yang berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini. 

MediKad menyediakan kemasukan hospital tanpa tunai ke hospital panel di Malaysia dan tempoh kemasukan  hospital tanpa had serta elaun tunai harian untuk kemasukan ke hospital kerajaan.

Ditawarkan kepada rakyat  Malaysia berumur antara enam (6) dan enam puluh sembilan (69) dengan tempoh perlindungan sehingga lapan  puluh lima (85) tahun, pelanggan boleh memilih daripada tiga (3) pelan berbeza dengan pilihan rider, MediBooster,  mengikut keperluan perlindungan mereka dan dilindungi serta-merta selepas melengkapkan empat langkah  pendaftaran dalam talian dan soal selidik perubatan mudah, tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. 

“Pelanggan boleh melanggan MediKad dalam talian melalui KAOTIM, pada bila-bila masa, di mana sahaja dan menyelesaikan transaksi dalam beberapa minit hanya dengan beberapa klik dan terus dilindungi pada hari yang  sama.

“Dengan kos transaksi platform digital yang lebih rendah, kami dapat menawarkan harga yang lebih baik dan pelan takaful yang lebih mudah untuk dilanggan di pasaran. Ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif  kami untuk membantu mengurangkan beban kos perubatan yang tinggi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia  dengan menawarkan pelan perlindungan perubatan yang mampu milik,” katanya lagi.