Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih masa depan lebih lestari, pengedar rasmi Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memperhebatkan lagi tawaran untuk rangkaian kenderaan elektriknya (EV).

Antara tawaran istimewa termasuklah pakej-pakej eksklusif untuk Q8 e-tron 55 dan e-tron GT yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki serta menikmati keseronokan memandu kereta elektrik Audi.

Go electric dengan Audi e-tron GT

Kempen Go electric yang baru diperkenalkan memberi peluang kepada pemilik untuk mendapat penjimatan sehingga RM93,000 di samping kelebihan yang sudah diterima daripada pengecualian cukai oleh kerajaan.

Sebagai tawaran pra-akhir tahun, model Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55 hadir dengan AAP secara percuma. AAP memberikan pelanggan penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun dan jaminan tambahan daripada pengeluar selama tiga tahun yang menjadikannya kepada 5 tahun.

Bantuan tepi jalan juga percuma untuk 5 tahun pertama selepas kenderaan didaftarkan.
Kempen Go electric dan Your Perfect Q, electrified akan berakhir pada 31 Disember 2023.
Maklumat lanjut mengenai e-tron GT atau rangkaian model e-tron yang lain, sila layari Audi Centre atau ketahuinya di sini.

*Pemberian percuma wallbox pengecasan di rumah MOON Home Charging Wallbox bergantung kepada kesesuaian premis selepas diperiksa oleh pihak pemasang EV-Connection. Tawaran ini hanya untuk unit wallbox dan tidak termasuk kos pemasangan yang perlu ditanggung oleh pelanggan.