Santan, jenama hidangan dalam penerbangan AirAsia mengumumkan kerjasama dengan ZUS Coffee untuk menawarkan kopi istimewa dan meningkatkan pengalaman penerbangan para tetamu. Kerjasama ini juga adalah usaha berterusan Santan untuk menawarkan menu inovatif dan lebih nilai kepada para tetamu.
Kini para tetamu AirAsia boleh memesan ZUS Spanish Latte dengan rasa santan yang berkrim, di semua dalam semua penerbangan AirAsia. Ianya enak dihidangkan bersama-sama Nasi Lemak Pak Nasser dengan Rendang Ayam yang boleh dipesan melalui pek kombo ‘Hero Meets Hero’ yang turut boleh didapati di seluruh kedai ZUS Coffee di seluruh negara.
Catherine Goh, Pengurus Besar, Operasi Runcit dan Makanan Santan berkata: “Kami berbangga untuk bergabung tenaga dan menyokong jenama Malaysia yang semakin berkembang.
Kerjasama dengan ZUS Coffee ini pastinya akan menawarkan pengalaman perjalanan yang luar biasa kepada para tetamu di mana mereka boleh menikmati secawan kopi dengan adunan terbaik di udara.
Sama ada anda seorang pencinta kopi ‒ atau ingin menghilangkan dahaga ‒ adunan unik ini direka untuk semua. Tahun 2023 merupakan tahun yang berjaya buat Santan, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai bakat tempatan untuk meningkatkan lagi pengalaman para tetamu.”
Stephy Foong, Naib Presiden, Pertumbuhan dan Pemasaran, ZUS Coffee berkata: “Terima kasih kepada Santan kerana kini kopi istimewa kami boleh dinikmati dalam penerbangan. Bukan itu sahaja, kini para pelanggan kami boleh turut menikmati Nasi Lemak Pak Nasser yang ikonik beserta kopi Iced Spanish Latte yang menjadi kegemaran ramai.
Ini ialah usaha kami untuk memperkenalkan rasa Malaysia kepada semua. Kami berharap melalui kerjasama dengan Santan ini, kami dapat mencipta kelainan dalam minuman tempatan yang digemari ramai.
Santan juga meraikan jualan kopi Santan 92’ Signature Blend yang telah berjaya dijual kira-kira satu cawan seminit di udara.
Dilancarkan pada bulan Julai beserta Nasi Lemak berasaskan tumbuhan yang menjadi kegemaran para tetamu AirAsia, menu tersebut kini menjadi buruan oleh penggemar kopi di seluruh dunia dan memperoleh penarafan 92 mata yang mengagumkan daripada Coffee Review, halaman Panduan Kopi Terkemuka di Dunia.