Seiring dengan siri produk Generasi 7 yang diperkenalkan di Malaysia, Continental Tyres hari ini melancarkan tayar perdana Prestasi Tinggi Ultra Ultra (UUHP), iaitu SportContact 7.
Tayar ini dihasilkan untuk mencorakkan semula standard kriteria prestasi dan memberikan keyakinan pemanduan di atas jalan raya dan trek yang tiada tandingannya kepada para penggemar automatif serta setiap pemandu kereta sport Malaysia.
SportContact 7 terkini menampilkan siri teknologi yang terkini seperti corak mudah suai yang dinaik taraf, yang bertindak balas terhadap pelbagai tingkah laku pemanduan dengan
memberikan cengkaman tambahan di atas permukaan asfalt.
Selain itu, pembangunan terkini turut merangkumi ciri Force Clustering yang menawarkan pengendalian SportContact yang sama dan prestasi yang disesuaikan khusus untuk setiap kelas kenderaan serta teknologi BlackChili yang eksklusif telah diselaraskan selanjutnya dengan konsep corak tayar bagi memastikan tahap kepuasan pemanduan yang lebih istimewa.
“Sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah mendengar maklum balas pelanggan dan memerhatikan pelbagai corak pemanduan prestasi pengguna jalan raya di seluruh dunia,
termasuk Malaysia.
Bagi memenuhi corak pemanduan dan keperluan pengguna yang semakin berkembang, kami telah membangunkan Sport Contact 7 secara eksklusif dengan sebatian yang lebih melekit demi memastikan cengkaman yang lebih kukuh untuk pengalaman pemanduan maksima tanpa kompromi terhadap keselamatan dan keselesaan di jalan raya,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.
Dengan teknologi corak penyesuaian terkini untuk jalan lurus, SportContact 7 mampu memberikan cengkaman yang luar biasa dalam keadaan basah semasa membrek atau
memecut dan mengelakkan penyatahan air (aquaplaning) mikro ketika membelok di selekoh.
Semasa situasi pengendalian, corak penyesuaian SportContact 7 mampu memberikan ciri-ciri pengendalian yang stabil di bahu luar, serta hanya membenarkan pergerakan corak yang terbatas.