Astro dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa para pelanggannya* kini boleh menambah Astro Fibre ke langganan Pay TV mereka serendah RM60/sebulan untuk 50Mbps atau RM90/sebulan untuk 100Mbps.

Jimat lebih RM900 untuk semua pelan kelajuan daripada 50Mbps hingga 800Mbps. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Astro untuk memberi nilai yang lebih baik demi menyokong para pelanggan yang setia.

*Hanya pelanggan bukan Pek Primary sedia ada sahaja yang layak untuk tawaran ini.
Bagi pelanggan Astro Fibre, semua langganan disertakan dengan penghala WiFi 6 terkini untuk memastikan kelajuan jalur lebar anda pantas dan konsisten untuk semua peranti yang disambungkan.

Selain itu, para pelanggan boleh memuat turun aplikasi Astro Fibre secara percuma
untuk menikmati pengalaman WiFi yang lancar dengan ciri-ciri yang boleh mengawal penggunaan internet semua pengguna, memantau prestasi rangkaian dan mengurus akses WiFi untuk tetamu dengan selamat.

Pelanggan baharu Astro boleh berjimat lebih RM600 dengan memilih Pek Sports atau Movies beserta sebarang kelajuan jalur lebar bermula hanya RM164.99/sebulan. Sebagai alternatif, mereka juga boleh memilih pakej Pek Primary + Astro Fibre 50Mbps pada harga RM139.99/sebulan sebagai pakej pengenalan yang terbaik kepada Astro.

Pek Sports merangkumi semua program sukan terbesar dan paling menarik di seluruh dunia seperti Formula 1, Sukan Asia Hangzhou 2022, Liga Malaysia 2023, Jelajah ATP dan perlawanan Liga Perdana dan La Liga terpilih dalam 4K.

Sementara itu, Pek Movies membawa rancangan yang memenangi anugerah serta siri TV kegemaran anda di hujung jari. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan All Stars Gegar Vaganza (Musim 10), Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2023, Family Feud Malaysia dan Riot!.

Pek ini juga disertakan dengan akses percuma kepada aplikasi-aplikasi penstriman terpilih seperti Disney+ Hotstar, HBO GO, beIN SPORTS CONNECT dan Astro GO.