Penduduk dan pengendali perniagaan di kawasan tengah Semenanjung Malaysia kini dapat menikmati sokongan jualan dan servis Isuzu yang dipertingkatkan melalui pembukaan cawangan Pusat 3S Isuzu Temerloh yang telah mengalami pembaruan.
Terletak secara strategik di laluan utama menuju bandar, cawangan yang dikendalikan oleh
Pacific Motor Sdn Bhd menampilkan identiti korporat Isuzu Malaysia yang terbaharu serta
menyediakan kemudahan jualan dan lepas jualan untuk memenuhi keperluan pelanggan
Isuzu yang jumlahnya semakin bertambah di sekitar kawasan berkenaan.
Pembukaan pusat 3S baharu ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia,
Shunsuke Okazoe yang meyakini kemudahan baharu tersebut sarat ciri moden dan lengkap
yang mampu memenuhi keperluan pelanggan, baik yang sedia ada atau untuk tahun-tahun
ke hadapan.
“Isuzu telah menembusi pasaran Malaysia dengan cara tersendiri, tidak hanya berkaitan
jualan tetapi juga dalam membangun reputasi kami sebagai sebuah jenama yang
mementingkan penawaran kenderaan berkualiti tinggi, yang boleh diharap serta inovatif.
Pembukaan kemudahan baharu yang dipertingkatkan seperti di Pusat 3S Isuzu Temerloh ini
akan memperkukuhkan lagi sasaran kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk
pelanggan dengan jaminan untuk menepati setiap daripada jangkaan mereka,” jelas
Okazoe.
Pusat 3S Isuzu Temerloh meliputi kawasan seluas 7,000 meter persegi, membolehkannya
memuatkan semua lori dan trak Isuzu yang datang untuk penyelenggaraan. Enam ruang
servis yang ada mampu mempercepatkan kitaran temujanji pelanggan, sekaligus
membolehkan mereka mendapat semula kenderaan dengan cepat dan berlapang fikiran
kerana mengetahui kenderaan Isuzu mereka sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.
Di dalam kemudahan baharu ini disertakan juga ruang menunggu yang selesa, lengkap
dengan hidangan ringan sambil pelanggan boleh juga mendekati model Isuzu D-Max
terbaharu dalam ruang pameran nyaman berpenghawa dingin serta memanfaatkan panel
maklumat digital yang mesra alam.
Bagi mereka yang mencari lori untuk membantu perniagaan pula, perunding berpengalaman sentiasa bersedia membantu.
Pahang kekal menjadi lokasi strategik dan penting untuk Isuzu Malaysia dalam membantu
trak Isuzu mendominasi 72% pasaran sejak Januari hingga Julai tahun ini, menjadikannya
negeri No. 1 bagi perkongsian pasaran oleh syarikat.
Trak pikap Isuzu D-Max juga berjaya menembusi pasaran di Pahang dan berganjak ke
kedudukan kedua dalam carta jualan trak pikap. Jualan bagi model generasi ketiga Isuzu D-Max meningkat naik sebanyak 7.2% antara Januari dan Ogos tahun ini, menyumbang
kepada penguasaan pasaran sebanyak 24.4%.
Pusat 3S Isuzu Temerloh terletak di Bangunan Tanjung Keramat, Batu 1 Jalan Mentakab
dan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.