(ECRL) komited menjalankan aktiviti penanaman pokok bagi memperkayakan kurungan (paddock) Harimau Malaya di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC)..

Kira-kira 100 batang pokok beraneka jenis telah berjaya ditanam di MTCC, selaras dengan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Projek ECRL dalam memupuk kesedaran terhadap konservasi Harimau Malaya bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi ‘Program Kerjasama Pengayaan Habitat Harimau Malaya’.

Pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), selaku pemilik Projek ECRL, dan syarikat China
Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), sebagai kontraktor utama Projek ECRL, telah memberi sumbangan dalam menjayakan program ini.

‘Program Kerjasama Pengayaan Habitat Harimau Malaya’ yang julung kali diadakan melibatkan tiga fasa, dimana fasa pertama merangkumi rawatan tanah, pengkapuran dan pembajaan manakala fasa kedua membabitkan penanaman pokok renek, pokok teduhan dan pokok buah-buahan.

Fasa ketiga bertumpu kepada penjagaan, pemangkasan dan pembajaan pokok-pokok di kurungan MTCC. Program ini dijangka membantu melengkapkan perancangan jangka panjang Jabatan PERHILITAN dan MTCC dalam melindungi populasi Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) dan membantu usaha pembiakan spesies haiwan liar ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato’ Sri Darwis Abdul Razak, berkata Projek ECRL berbesar hati dapat menyumbang dan memainkan peranan yang aktif menerusi program ini dalam
membangkitkan kesedaran populasi dan pemuliharaan Harimau Malaya yang semakin diancam kepupusan di Malaysia.

“Projek ECRL berharap sumbangan yang diberikan menerusi ‘Program Kerjasama Pengayaan Habitat Harimau Malaya’ dapat membantu dalam mengukuhkan habitat yang sesuai, menjamin ketersediaan makanan serta meningkatkan kadar pembiakan Harimau Malaya,” katanya sempena perasmian ‘Program Kerjasama Pengayaan Habitat Harimau Malaya’.