Tiga perniagaan #ShopeeSapotLokal diasaskan dan dimiliki wanita Mamami Shoppe, Racing Passion Moto (RPM), dan BeNourish mempertunjukkan bagaimana wanita Malaysia boleh pacu perniagaan bermatlamat dan berjaya dalam talian. 

Felicia Tan adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Mamami Shoppe*, yang telah berada di Shopee selama lima tahun, menjual makanan sihat dan organik.

Felicia mengubah perniagaan keluarganya yang dahulunya beroperasi secara fizikal diketuai ibunya di Pulau Pinang dengan gudang dan pembekal legasi kepada format dalam talian untuk memastikan nilai gaya hidup sihat yang diterapkan ibunya sentiasa diamalkan.

Mengambil 50% pekerja wanita, perniagaan Felicia menyumbang kepada sara hidup sekurang-kurangnya 30 lokal dan lebih 20 pembekal lokal, setiap seorang menyumbang kepada sekurang-kurangnya tiga tanggungan di Selangor (berjumlah sekurang-kurangnya 150 tanggungan isi rumah).

Antara produk terlaris dari Mamami yang memenuhi cita rasa lokal adalah Organic Wave Matcha Overnight Oats dan Vegan Rendang Curry.

Eelin Lim (kanan) bersama seorang pengunjung di Shopee Seller Summit

Komitmen kami dalam mengamalkan nilai utama kami sepanjang beberapa tahun ini telah membuka ruang untuk kami berkembang, dengan peningkatan 20% dalam perniagaan sejak 2008. Sebagai sebuah negara berbilang kaum, kami mahu semuanya mudah untuk komited dalam gaya hidup makan sihat.

Selari dengan matlamat ini, kami mengambil masa tiga tahun untuk mendapatkan sijil Halal dari JAKIM kerana ianya merupakan komitmen kami kepada pengguna,” kata Patricia Vazquez, Pengarah Pembangunan Perniagaan Mamami Shoppe.

Karen Tee, pemilik Racing Passion Moto (RPM)**, memperkenalkan kepelbagaian dan keterangkuman wanita dalam industri aksesori automotif dan alat kelengkapan menunggang yang secara tradisionalnya diusahakan oleh lelaki.

Karen bukan sahaja mengambil wanita tanpa pengalaman bekerja atau pendidikan dalam sektor ini yang merupakan suri rumah, ibu dengan tanggungan remaja, tetapi juga membenarkan pekerjanya membawa anak autistik ke tempat kerja. Karen juga mencari peluang untuk mereka bekerja seperti bertugas membungkus produk. Semasa PKP, mereka menyokong komuniti lokal dengan sumbangan barangan keperluan.

Sebagai pelatih sah ShopeeXpert, Karen bermula dengan tiada pengalaman dalam e-dagang kepada penjual Shopee Preferred dalam masa satu tahun. Di Shopee Seller Summit 2023, Karen mengajar lebih 1,200 penjual berasaskan nilai tentang khidmat pelanggan dan kepentingan mempraktikkan nilai kepada pembeli.

“Saya, secara aktif, melatih penjual lain semasa Webinar Shopee untuk berbakti. Selama 4 tahun, pelanggan saya setia kerana interaksi berperibadi kedai saya bersama pelanggan, kami sentiasa bersedia membantu dalam apa jua isu.

Sebagai perniagaan berasaskan nilai, ciri Shopee yang kedai saya gunakan untuk berhubung dengan pelanggan relevan adalah Shopee Ads, antaramuka pengguna (user interface) Shopee yang berperibadi, dan rekaan senarai dan kata kunci aplikasi Shopee.”

BeNourish***, yang diedarkan oleh Eelin Lim di platform Shopee juga mirip Mamami Shoppe di mana ia mengetengahkan kesihatan dan imuniti generasi, termasuk rangkaian produk yang memenuhi keperluan kesihatan rakyat Malaysia sama ada yang muda atau tua.

Produk Gummies Imuno dengan Ekstrak Elderberry dengan sijil halal dan tanpa penambahan gula sesuai untuk kanak-kanak Malaysia. Eelin, penggemar kesihatan, dan ShopeeXpert seperti Karen, bukan sahaja telah mengembangkan perniagaannya kepada lebih 300% sejak bermula perniagaan, tetapi Eelin juga meningkatkan kemahiran penjual Shopee seperti dirinya untuk berjaya.

“Kami membuat keputusan untuk menjadi pengedar tunggal makanan tambahan kesihatan BeNourish untuk meningkatkan imuniti rakyat Malaysia apabila memahami permintaan terhadap produk ini ketika PKP. Kedai saya menyokong komuniti lokal di Selangar melalui perniagaan kami. Kami mengambil 10 pekerja lokal yang menyokong sekurang-kurangnya 30 tanggungan,” kata Eelin.

Kini, kedainya yang meraih rating pengguna 5.0 mengedarkan makanan tambahan kesihatan buatan tempatan, semula jadi, sesuai untuk vegetarian, dan disahkan Halal di seluruh Malaysia.

“Ciri Shopee yang amat membantu kedai saya adalah disenaraikan sebagai Shopee Mall yang membantu jenama, dan Affiliate Marketing Solutions yang memacu kesedaran kesihatan.”