Anda tidak mungkin terlepas perarakan Maxis pada Hari Merdeka tahun ini kerana kontinjen seramai 108 orang itu benar-benar menonjolkan tema hijau, sesuai dengan kehijauan di sekitar Putrajaya Sentral.

Skuad Maxis membawa belon-belon besar yang mencerminkan komitmen syarikat telco tersebut kepada negara, pelanggan dan komuniti: sokongan untuk agenda digital negara (Malaysia MADANI); membawa nilai yang menarik kepada semua segmen dengan tumpuan pada kemampuan dan penggunaan (Maxis 5G); dan menyediakan akses percuma kepada pendidikan digital untuk pelajar (eKelas).

Menjadi tumpuan orang ramai ialah maskot viral Home Fiber Maxis bersaiz jumbo, Dinocorn, yang mengiring empat trak utiliti Maxis fiber, membawa kegembiraan kepada orang ramai yang menonton di Dataran Putrajaya dan di rumah.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Maxis telah mengeluarkan sebuah filem pendek, menampilkan pelakon Malaysia Aziz M. Osman dan Iskandar Syahidan, yang menimbulkan persoalan – “Apa jadinya negara yang hebat ini jika generasi berlainan bersatu dan berganding bahu menyusuri ke arah kemajuan”?