airasia academy, platform edutek Capital A, mengumumkan pelancaran kempen “Take Me to Korea”, satu kempen untuk menguasai bahasa Korea bersama Nura Ezzatie, seorang pempengaruh ‘K-Community’ yang disegani dan kandungan bahasa terbaharunya iaitu Essential Korean Expressions.

Essential Korean Expressions yang terdiri daripada empat episod yang menarik telah membuat kemunculan pertamanya pada 15 Ogos yang lau dan telah sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan Pembelajaran Atas Permintaan (ODL) airasia academy yang teruja untuk menyelami budaya Korea dengan lebih mendalam.

Program ini bakal menyediakan para pelajar dengan pemahaman ungkapan asas Korea, daripada pengenalan diri kepada frasa penting yang biasa digunakan semasa melancong di Korea Selatan.

Menampilkan Nura Ezzatie, seorang pempengaruh ‘K-community’ yang dihormati, merangkap penutur Bahasa Korea dimana beliau telah mempelajari bahasa tersebut secara sendiri dan juga seorang pendidik, beliau telah memikat para pengikutnya di platform media sosial seperti TikTok dan Instagram dengan kandungan kreatif mengenai Bahasa Korea.

Kini, Nura bukan sahaja seorang guru bahasa Korea dengan pengikut melebihi 189,000 di TikTok tetapi juga seorang guru Bahasa Korea di sebuah sekolah tempatan. Perjalanan beliau dalam menguasai Bahasa Korea telah mencerminkan semangat pembelajaran berterusan, nilai yang dititik beratkan serta dipromosikan oleh airasia academy.

Aireen Omar, Presiden (Pelaburan & Usahaniaga) Capital A, dan Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy berkata: “Bahasa ialah sebuah alat yang bukan sahaja menghubungkan budaya tetapi juga membuka peluang dan pencapaian baharu.

Kisah Nura Ezzatie adalah bukti potensi yang ada dalam diri setiap daripada kita untuk belajar dan berkembang, dan kami sangat teruja apabila beliau bersama kami dalam menyokong inisiatif yang menarik ini.

Kempen ‘Take Me to Korea’ adalah satu penghormatan kepada pendidikan, dedikasi dan pencapaian, di samping pelancaran kempen ini bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang dimana kita dapat meraikan perpaduan dalam kepelbagaian di Malaysia.

“Kami berterima kasih kepada AirAsia X dan IKHLAS, serta Tune Protect kerana menyertai kempen ini, kerana tanpa sokongan besar mereka, kempen ini tidak akan dapat dilaksanakan.”

Mereka yang berminat untuk mempelajari Bahasa Korea kini tidak perlu risau lagi.  Dua episod pertama Essential Korean Expressions kini boleh ditonton di airasiaacademy.com. Selami dan pelajari asas-asas Bahasa Korea yang akan memberikan anda pengalaman yang menyeluruh dalam menguasai bahasa tersebut. Dua episod terakhir siri ini bakal ditayangkan  pada bulan September, jadi nantikan.