Shell dengan bangganya memperkenalkan penyelesaian penjagaan kereta berkualiti tinggi, direka untuk meningkatkan pengalaman pemanduan pengguna dan menjadikan setiap perjalanan lebih meyakinkan dan bergaya.

Memfokuskan pada prestasi dan estetika, produk baharu ini memperkasa pemandu untuk memandu dengan rasa bangga, kerana mengetahui kenderaan mereka menerima penjagaan yang terbaik.

Siri perkhidmatan penjagaan kereta ini merupakan inisiatif yang julung kali dilaksanakan oleh Shell. Pasukan yang terlibat memberi penelitian mendalam untuk menghasilkan produk penjagaan kereta berkualiti tinggi, yang pastinya menjamin hasil yang terbaik.

Setiap produk adalah bukti kepakaran dan dedikasi Shell selama bertahun-tahun terhadap kualiti.

“Tahun ini dimulakan dengan pelancaran bahan api terbaik kami dengan memberikan tambahan 15 kilometer bagi setiap tangki penuh. Kini, dalam perjalanan kami untuk menjadi ‘Better by Far’, kami bercita-cita menjadi destinasi sehenti untuk semua pelanggan dengan pelancaran produk penjagaan kereta baharu kami.

Rangkaian produk penjagaan kereta terbaru kami adalah bukti dedikasi ini, memenuhi semua keperluan pembersihan pelanggan dan meningkatkan pemanduan harian mereka
dengan kepuasan dan keseronokan,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti, Malaysia.

“Dengan produk yang direka khas oleh Shell, memilih penyelesaian yang tepat untuk keperluan kereta anda kini menjadi lebih mudah. Kami sedang menjalankan misi untuk menyampaikan pengalaman pemanduan yang terbaik, memberikan anda kebanggaan dan keyakinan selepas melakukan penjagaan kenderaan anda.

“Komitmen ini menekankan dedikasi Shell untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa, yang meningkatkan setiap pemanduan,” katanya.

Siri produk Penjagaan Kereta Shell baharu terdiri daripada enam produk pembersihan dalaman dan luaran berbeza yang boleh didapati di stesen Shell. Rangkaian produk tersebut termasuk:

Produk Penjagaan Luaran

Produk pembersihan luaran seperti Syampu Kereta Shell, Syampu dan Lilin Kereta Shell dan Shell Speedwax, berkesan menghilangkan karat, menghapuskan sisa minyak dan gris, dan memberikan kilauan yang menakjubkan kepada kenderaan anda.

Produk Penjagaan Dalaman

Kain Mikrofiber Shell, Pencuci Barangan Kulit Shell dan Pembersih Dalaman Shell berkesan
membersih kenderaan anda, memastikan ia bebas daripada kuman dan selamat untuk keluarga.

Rangkaian penuh produk Penjagaan Kereta Shell kini boleh didapati di stesen Shell di seluruh Semenanjung dan tidak lama lagi akan tiba di stesen Shell di Malaysia Timur.

Untuk tempoh masa terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk semua produk Penjagaan Kereta Shell. Dapatkan Produk Penjagaan Kereta Shell Sekarang!