Volvo membangun seiring dengan Malaysia dalam bidang keselamatan automotif, dan kini dalam usaha untuk memperkasakan rakyat Malaysia ke masa hadapan yang lebih cerah melalui transisi ke mobiliti elektrik

Volvo 144 pertama yang dihasilkan di kilang pemasangan Volvo di Malaysia. Sedekad setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut industrinya ke pentas dunia.

Ia termasuk sebuah polisi automotif bagi mempercepatkan industrialisasi kebangsaan melalui kenderaan pemasangan tempatan dan pembuatan komponen automobil. Volvo Car Manufacturing Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Swedish Motor Assemblies Sdn. Bhd.) merupakan antara yang pertama bertindak balas terhadap panggilan kerajaan Malaysia ke seluruh dunia untuk perpindahan teknologi, pembangunan kemahiran tempatan, dan pelaburan asing.

Mereka kemudiannya menjadi jenama kereta antarabangsa pertama yang membangunkan
kilang pemasangan automotif di Malaysia. Terletak di tengah-tengah Shah Alam, ia
merupakan antara kilang pembuatan kereta pertama di Malaysia.

Kilang pemasangan Volvo memulakan operasinya pada Mac 1967 dengan pengeluaran Volvo 144 – kereta pertama yang dipasang di Malaysia, dan ia juga telah menandakan sebuah langkah besar untuk industri automotif negara.

Memandangkan Shah Alam juga merupakan lokasi pertama kilang Volvo di luar negara asalnya iaitu Sweden, hal ini merupakan sesuatu perkara yang besar untuk Malaysia.

Volvo berkongsi sejarah yang panjang dengan Malaysia, membangun bersama dengan
negara ini melalui pengenalan inovasi automotif dan memberikan lebih ramai pemandu
Malaysia peluang untuk mengakses gaya dan keselamatan Sweden.

Pemasangan tempatan Volvo 144 tersebut pantas diikuti oleh banyak lagi model seterusnya, menampilkan ciptaan-ciptaan hebat Volvo seperti tali pinggang keledar tiga mata dan Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) – ciri-ciri keselamatan yang kini merupakan piawaian dalam semua kereta moden pada hari ini.

Volvo XC90 Recharge.

Pada tahun 2016, Volvo Car Malaysia merupakan jenama kereta mewah pertama yang
memperkenalkan kenderaan hibrid plug-in pemasangan tempatan (PHEV) melalui model
Volvo XC90 Recharge – sebuah usaha yang menyokong cita-cita kerajaan untuk
mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah hub ASEAN untuk Kenderaan Jimat Tenaga
ataupun Energy Efficient Vehicles (EEV).

Pada masa itu, Malaysia merupakan satu-satunya negara selain Sweden yang menjalankan pemasangan model serba baharu Volvo XC90 Recharge tersebut. Pada tahun 2021, Volvo Car Malaysia telah pun menjadi pembuat kereta automotif pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian lengkap hibrid plug-in.

Kumpulan pertama Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang sedia untuk penghantaran selepas pelancarannya pada tahun 2022. Pada tahun 2022, Volvo Car Malaysia menandakan sebuah titik perubahan untuk industri automotif Malaysia dengan pelancaran model Volvo XC40 Recharge Pure Electric, kereta elektrik penuh pertama yang melalui pemasangan tempatan di Malaysia.

Melalui kemampuan kilang pemasangan tempatannya, Volvo terus memacu landskap kenderaan elektrik bagi menyokong Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dalam mencepatkan penggunaan EEV dalam kalangan rakyat Malaysia. Malaysia juga menjadi hub Volvo untuk mengeksport model Pure Recharge ke seluruh rantau ASEAN melalui rangkaian eksport sedia adanya.

Walaupun Volvo merupakan jenama kelahiran Sweden, ia juga telah bertapak di Malaysia
selama 57 tahun, kini menyambung misinya untuk memberikan para pemilik kereta
kebebasan untuk bergerak dengan cara peribadi, mampan dan selamat.

Sejak pengumuman agenda elektrifikasinya pada tahun 2022, Volvo Car Malaysia bercita-cita untuk menawarkan kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030 dan menjadi syarikat iklim neutral menjelang tahun 2040. Volvo kini mendahului transisi para pemandu ke arah elektrifikasi, pada satu langkah, satu masa.

Untuk Volvo, masa hadapan adalah elektrik, dan visi ini ditumpukan ke arah penciptaan hari esok yang lebih baik untuk Malaysia. Walaupun ia mempunyai cita-cita tinggi untuk beralih sepenuhnya ke arah kereta elektrik, ia juga mengakui bahawa terdapat pemandu yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup elektrik.

Setiap pemandu adalah berbeza dan mempunyai keperluan dan corak perjalanan harian yang pelbagai, dan kebimbangan berkenaan jarak pemanduan elektrik yang mencukupi masih menjadi faktor yang perlu ditimbangkan dalam pemilikan kenderaan elektrik.

Volvo Car Malaysia mempunyai barisan lengkap PHEV yang dilengkapi dengan kedua-dua
rangkaian kuasa elektrik dan petrol untuk menangani masalah ini. Rangkaian kuasa
hibridnya membolehkan pemandu menggunakan elektrik sepenuhnya dalam perjalanan
harian mereka dengan jarak sehingga 90km seperti dalam Volvo XC90 Recharge.

Apabila terdapat situasi di mana kuasa bateri kehabisan, seperti semasa perjalanan lebih
jauh yang tidak dijangka, Volvo PHEV boleh menggunakan “pelan sandaran” hibrid kereta
dengan enjin petrol yang berfungsi seiring dengan pengecasan semula untuk penggunaan
petrol yang lebih cekap.

Oleh itu, PHEV boleh mengurangkan atau bahkan menghapuskan pelepasan paip ekor dengan setiap pemacu. Bagi pemandu yang mahu membuat penukaran kepada pemanduan elektrik tulen, model Volvo XC40 dan Volvo C40 Pure Recharge kini tersedia dengan jarak sehingga 450km apabila dicas penuh, dan mampu mencecah kelajuan daripada 0 sehingga 100kph dalam masa hanya 4.7 saat.

Volvo Car Malaysia ingin memperingati 57 tahunnya bersama Malaysia dengan promosi
untuk kedua-dua rangkaian elektrik sepenuhnya dan hibrid semasa Hari Merdeka dan Hari
Malaysia.

Daripada sekarang hingga 30 September 2023, pelanggan yang membeli model Volvo
Recharge Pure Electric baharu (XC40 Recharge Pure Electric atau C40 Recharge Pure
Electric) dengan Perkhidmatan Kewangan Kereta Volvo akan menikmati faedah pengurangan harga akhir serta-merta bernilai RM20,000 dengan penjimatan tambahan
melalui kaedah pengurangan prinsipal.

Terdapat juga faedah daripada tempoh pembiayaan yang lebih pendek, iaitu tiada bayaran keluar selepas penyelesaian awal. Promosi ini juga terpakai apabila anda memesan Volvo XC40 Pure Recharge atau Volvo C40 Pure Recharge dalam talian di https://shop.digitalvolvo.com/my/shop-online.

Pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan elektrik hibrid Volvo dalam tempoh masa
yang sama juga akan menikmati tawaran insurans kereta percuma dan VSP (Pelan
Perkhidmatan Volvo 5 tahun) bernilai hampir RM20,000.

VSP ialah pakej servis kereta komprehensif bernilai RM12,900 yang meliputi lima sesi servis kereta pertama anda, termasuk barangan haus dan lusuh serta kos buruh, kemas kini perisian percuma dan pemeriksaan kesihatan kenderaan, manakala insurans kereta percuma untuk tahun pertama pula bernilai RM7,000.