Pada tanggal 13 Julai di Frankfurt, Michelin dianugerahkan AutomotiveINNOVATIONS Award 2023 di bawah kategori ‘Chassis, Car Body & Exterior’ bagi tayar keretanya (dengan perakuan kegunaan jalan raya) yang mengandungi 45% bahan lestari.

Anugerah ini telah disampaikan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Center of Automotive Management (CAM) yang — selama sedekad — telah menjalankan kajian bersama para pengusaha dan pembekal bagi mengenal pasti inovasi-inovasi yang
penting dalam industri automobil. Untuk acara penganugerahan tersebut, panel juri
dianggotai oleh individu-individu yang berpengalaman dalam industri ini, termasuk dari dunia sains, perundingan, dan media khas.

Strategi bahan lestari Michelin adalah unik dari segi standard yang tinggi, skop, dimensi kerjasama, dan pendekatan komprehensif sepanjang kitar hayat produknya.

Memperketatkan pendefinisian bagi bahan-bahan lestari

Hari ini, tiada satu pun definisi yang digunakan secara lazim bagi bahan-bahan yang dimaksudkan “lestari”. Ketandusan definisi ini membantutkan kebolehbacaan pelbagai
proses yang diamalkan dalam industri tayar. Bagi Michelin, ia melihat bahan-bahan lestari
sebagai bahan yang dikitar semula atau boleh diperbaharui sepanjang skala hayat manusia.

Atas sebab inilah Kumpulan Syarikat ini sedang memperjuangkan sebuah konsensus dalam industri tayar mengenai satu definisi yang lazim serta jitu mengenai apa yang menjadikan
sesuatu bahan itu lestari.

Visi bahan lestari yang ekstensif, dilaksanakan merentasi seluruh produk Kumpulan Syarikat ini

Michelin bermatlamat untuk mengerahkan strategi bahan lestarinya merentasi seluruh produk, tidak terhad kepada satu-satu produk ataupun sesetengah rangkaian produk sahaja.

Pelaksanaan ini memerlukan transformasi yang ekstensif melibatkan pelbagai kaedah, alatan, serta proses industri. Dari sudut yang lebih umum, kajian dan pembangunan serta
cabaran yang wujud dalam industri ini akan memerlukan kelahiran sektor-sektor dan
rantaian nilai yang baharu.

Tiada bandingannya dalam sektor ini dari segi skop, aspirasi Michelin mencerminkan kesanggupannya untuk memperbaharui tatareka dan pembuatan produk-produknya dengan harapan untuk melindungi planet kita.