Perlis adalah destinasi yang menarik dengan landskap yang indah dihiasi dengan sawah padi yang terbentang luas dan singkapan batu kapur yang unik. Tebing batu kapur, gua besar dan laluan flora yang tersedia di negeri Perlis menghasilkan persekitaran yang sempurna untuk aktiviti pelancongan.

Taman negeri yang bergunung-ganang di kawasan barat menawarkan peluang pendakian gunung batu kapur yang mencabar manakala kawasan rata memperkenalkan monolit batu kapur yang menakjubkan.

Memanfaatkan keindahan alam semula jadi ini, MyEco Discovery Sdn Bhd (ahli Kumpulan MyUS) hari ini mengumumkan pra-pelancaran ClubRock Perlis. ClubRock Perlis adalah kem induk rock climbing pertama dan pusat pengembaraan eko bagi negeri tersebut.

Majlis pra-pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Bin Ramli, di KL Eco City Kuala Lumpur. ClubRock Perlis akan memulakan pameran jelajah jualan ke seluruh negara bermula di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan seterusnya di Perlis.

Sehinggalah ke pembukaan secara rasminya pada Januari 2024, sejajar dengan Tahun Melawat Perlis 2024 – 2025.

ClubRock Perlis, yang terletak di Gua Kelam, merangkumi keluasan tanah lebih 23,000 kaki persegi. Ia mempunyai 35 bilik dan lima kem premium, yang mana setiap bilik mampu menempatkan sehingga empat orang sebilik.

Dengan jumlah kapasiti 160 tetamu, ClubRock Perlis menawarkan pengalaman yang unik dan mengasyikkan di tengah-tengah ketenangan alam semula jadi.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ClubRock Perlis, kem induk rock climbing pertama di Malaysia dan pusat pengembaraan eko di Perlis,” katanya.