Gelisah apabila bateri semakin lemah – kita semua pasti pernah merasakannya, lebih-lebih
lagi dengan gaya hidup masa kini yang semakin digital dan sentiasa terhubung.
Kita akan panik apabila bateri peranti kita turun ke paras yang membimbangkan di saat kita memerlukannya, contohnya semasa panggilan telefon yang penting, mencari jalan di lokasi yang asing, atau mungkin juga untuk perkara-perkara seharian seperti pembelian dalam talian atau pembayaran nirtunai.
Hal inilah yang mendorong ramai di antara kita untuk mempunyai tabiat mengecas peranti
kita sebelum tidur, dan mengapa kita mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga untuk
memastikan kita sentiasa mempunyai akses untuk pengecasan dalam perjalanan.
Hal ini boleh menjadikan peralihan ke kenderaan elektrik sebuah pilihan yang sukar untuk mereka. Untuk meralih ke kenderaan elektrik, anda perlu memahami cara gaya hidup anda, akses anda kepada titik pengecasan, perjalanan harian anda, serta laluan yang biasa anda ambil.
Dalam erti kata lain; lain orang mempunyai lain keperluan. Volvo Cars mempunyai cita-cita
besar untuk menawarkan rangkaian kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030, tetapi
juga memahami bahawa setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza, dan
mungkin ada antara mereka yang memerlukan jaminan dan pelan sandaran sebelum
mengambil langkah untuk memulakan perjalanan mobiliti elektrik.
Bagi menangani kerisauan ini, barisan penuh Kenderaan Plug-in Hibrid Elektrik (PHEV)
Volvo yang dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid mungkin boleh menjadi penyelesaian
yang membolehkan anda untuk berjalan jauh tanpa bimbang.
PHEV membolehkan para pemilik kereta membuat pilihan antara motor elektrik atau enjin pembakaran dalaman, atau kedua-duanya pada masa yang sama. Ia mengoptimumkan prestasi, jarak dan penggunaan bahan api untuk setiap pemanduan anda.
Volvo Car Malaysia menawarkan pelbagai pilihan untuk rangkaian PHEVnya dengan kenderaan utiliti sukan XC60 Recharge dan XC90 Recharge. Walau siapapun anda, pasti
adanya sebuah kenderaan elektrik Volvo yang sesuai.
Pada tahun 2022, Volvo Cars telah memperkenalkan rangkaian kuasa baharu dan memperkasakan kesemua model hibrid plug-innya, memberikan kenderaan-kenderaan ini
bateri jarak jauh kuasa 18.8kWh dan jarak sehingga 90km. Untuk kegunaan praktikal, jarak tambahan ini bermakna pemiliknya boleh menggunakan fungsi elektrik penuh untuk
perjalanan harian, manakala petrol hanya berfungsi sebagai sandaran atau untuk perjalanan lebih jauh di hujung minggu atau rentas negeri.
Sekiranya digunakan semata-mata sebagai kenderaan elektrik, ketersediaan pengecas
dinding (wallbox) khusus di rumah adalah sangat berguna untuk kenderaan hibrid plug-in.
Sama seperti proses pengecasan telefon di malam hari sebelum tidur, pemilik kenderaan
hibrid plug-in juga boleh memulakan hari mereka dengan kenderaan yang sudah dicas
penuh dan sedia untuk digunakan.
Pemilik kenderaan hibrid plug-in juga boleh mengecas kenderaan mereka di mana-mana sahaja semasa berada di luar melalui alur keluar 3-pin biasa.
Volvo percaya bahawa kereta elektrik merupakan jalan ke hadapan dengan pengalaman
pemanduan sepanjang hayat. Rangkaian kenderaan elektriknya direka untuk membawa
perubahan ke atas keselamatan bukan hanya pemandunya, malah kepada para
penumpang, pengguna jalan raya yang lain, dan bumi ini.
Nikmati insurans kereta percuma untuk tahun pertama dan VSP (Pelan Perkhidmatan Volvo 5 tahun) bernilai hampir RM20,000 apabila anda membuat pembelian kenderaan elektrik hibrid Volvo yang baharu dari 1 Julai hingga 30 September 2023 ini.
VSP ialah pakej perkhidmatan kereta komprehensif yang meliputi lima perkhidmatan kereta pertama anda, termasuklah barangan haus dan lusuh serta kos buruh, kemas kini perisian percuma dan pemeriksaan kesihatan kenderaan.