OPPO hari ini mengumumkan pelancaran siri Reno10 terbaru, yang menampilkan Reno10 Pro+ 5G, Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G.

Dengan sistem kamera Potret Ultra-Jelas yang dilengkapi Kamera Potret Telefoto dengan sensor besar, Kamera Utama Ultra-Jelas, Kamera Swafoto Ultra-Jelas dan Kamera Ultra-Lebar 112° 8MP yang berkualiti tinggi, siri Reno10 menyediakan pengalaman pengimejan potret bertahap profesional yang dibina dalam reka bentuk yang nipis, ringan dan bergaya bagi siri OPPO Reno.

Bersama-sama dengan pengecasan pantas SUPERVOOC TM 1 sehingga 100W, SoC yang berkuasa tinggi, Sistem Penyejukan Ultra Konduktif, Enjin Pengkomputeran Dinamik, ColorOS 13 dan bateri pengecasan pantas, selamat dan tahan lama yang disokong dengan Enjin Kesihatan Bateri OPPO dan cip pengurusan kuasa SUPERVOOC 2 S, siri Reno10 mempunyai prestasi secara menyeluruh yang tiada tandingannya.

Pengalaman pengimejan potret bertaraf pro ini telah dibawakan ke siri Reno10 tanpa mengabaikan ketebalan, ringan dan reka bentuk yang bergaya.

Berketebalan 8.28mm dan berat yang hanya 194g 3 , Reno10 Pro+ 5G merupakan telefon pintar paling nipis di pasaran dilengkapi dengan kamera telefoto periskop.

Bagi pengguna yang ingin memiliki telefon pintar berprestasi tinggi yang lebih nipis dan ringan, Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G merupakan pilihan anda di mana masing-masing mempunyai berat 185g 2 dan berukuran 7.89mm dan 7.99mm, menawarkan prestasi profesional siri Reno10 dalam reka bentuk yang nipis dan ringan di mana tiada telefon pintar yang dapat menandinginya.

Ketiga-tiga telefon bimbit siri Reno10 menampilkan badan melengkung 3D yang direka dengan teliti untuk keselesaan yang lebih baik dan pegangan yang lebih mudah bersama papan skrin melengkung 3D 120Hz dengan bezel ultra sempit untuk pengalaman visual yang mengasyikkan dan tanpa batas.

Siri telefon bimbit ini boleh diperolehi dalam pelbagai warna yang canggih dan bergaya. Ini
termasuk Silvery Grey pada ketiga-tiga model, Glossy Purple pada Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G serta Ice Blue pada Reno10 5G.

Siri Reno10 memperkenalkan reka bentuk premium baharu mengelilingi modul kameranya. Hiasan modul lens dibahagikan kepada dua bahagian menggunakan proses penyambungan canggih untuk mencipta reka bentuk dua warna premium yang menambah penampilan berteknologi tinggi dan estetika professional pada telefon tersebut.

Kedua-dua Reno10 Pro+ 5G dan Reno10 Pro 5G direka dengan Matriks Kamera Laser-Centric yang inovatif menggabungkan tekstur umpama pancaran sinar laser yang berpusat di sekeliling kamera utama untuk memanipulasi cahaya dan bayang-bayang, melambangkan keupayaan kamera yang berkuasa.

Sistem Kamera Potret Ultra Jelas Menawarkan Pengalaman Tahap Profesional

Reno10 Pro+ 5G membolehkan pengguna mengambil potret berkualiti profesional dengan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelasnya. Sebagai sebahagian daripada sistem ini, kamera potret telefoto 64MP pada Reno10 Pro+ 5G menyediakan jarak fokus setara 71 mm untuk imej potret yang kelihatan profesional.

Bersama-sama dengan apertur f/2.5 yang besar, jarak fokus minimum 25cm dan sensor kamera 1/2″ yang besar, kamera potret telefoto Reno10 Pro+ 5G mencipta pengalaman
pengambilan potret yang menakjubkan, membolehkan pengguna mengambil potret bertaraf profesional secara mudah dengan hanya satu klik.

Kamera potret telefoto 64MP pada Reno10 Pro+ 5G ini mempunyai megapiksel tertinggi berbanding dengan telefon pintar lain yang dilengkapi kamera telefoto yang berada di pasaran kini, dan kamera ini dilengkapi dengan teknologi OIS yang canggih untuk penstabilan imej yang lebih baik.

Dengan adanya piksel yang lebih tinggi, sensor besar, zoom optikal 3 kali ganda dan teknologi zoom sensor dalaman OPPO, Reno10 Pro+ 5G turut menawarkan zoom 6 kali ultra-jelas bersama kualiti

optikal yang tiada tandingannya. Dengan ciri-ciri ini, telefon pintar ini membolehkan
pengguna menangkap gambar potret jarak dekat yang unggul.

Foto Potret diambil dengan Reno10 Pro+5G

Kamera potret telefoto tersedia pada ketiga-tiga model siri Reno10. Selain versi 64MP yang terdapat pada Reno10 Pro+ 5G, kedua-dua Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G turut dilengkapi dengan kamera potret telefoto 32MP yang dikuasakan oleh sensor IMX709 RGBW.

Dengan susunan piksel 4-dalam-1 RGBW serba baharu yang direka bentuk bersama oleh OPPO dan Sony, IMX709 mempunyai piksel putih tambahan yang lebih sensitif kepada keamatan cahaya berbanding piksel RGB, meningkatkan tangkapan cahaya sebanyak 60% dan isyarat kepada kebisingan sebanyak 35% berbanding dengan sensor RGGB
standard.

Dengan zoom optik 2 kali ganda, kamera potret telefoto pada Reno10 Pro 5G dan Reno10 5G menghasilkan imej potret berkualiti tinggi yang sempurna. Selain kamera telefoto 64MP, sistem kamera belakang Reno10 Pro+ 5G juga termasuk Kamera Utama Ultra-Jelas 50MP dengan OIS dan sensor Sony IMX890, serta Kamera Ultra-Wide-Angle 112° 8MP dengan sensor Sony IMX355.

Disokong oleh kelengkapan tiga kamera yang luar biasa ini, Reno10 Pro+ 5G menyediakan pelbagai ciri pengimejan yang mengagumkan termasuk Mod Pro-Potret, Video Pro-Potret dan Video Malam Ultra 4K/4K Ultra HDR Video untuk menghasilkan gambar dan rakaman bertaraf profesional.

Bateri yang Berkuasa Tinggi, Selamat dan Tahan Lama

OPPO telah lama berada di barisan hadapan dalam menyediakan teknologi pengecasan yang lebih pantas dan lebih dipercayai. Pada siri Reno10, beberapa ciri telah diperkenalkan untuk meningkatkan lagi prestasi bateri dan pengecasannya.

Dengan adanya rangkaian perkakasan yang berkuasa, siri Reno10 menawarkan prestasi pengecasan bertaraf profesional secara menyeluruh. Melalui teknologi SUPERVOOC TM 100W pengecasan pantas OPPO 1 , bateri Reno10 Pro+ 5G 4,700mAh yang besar boleh mengecas sehingga 50% dalam 9 minit dan 30 saat, dan 100% pengecasan penuh dalam 27 minit.

Manakala Reno10 Pro 5G dilengkapi dengan pengecasan pantas SUPERVOOC™ 80W, ia boleh dicas sehingga 100% dalam masa lebih kurang 30minit 4 . Akhirnya, Reno10 5G juga
menawarkan pengecasan pantas SUPERVOOC™ 67W yang membolehkannya mengecas bateri sebesar 5,000mAH kepada 100% dalam masa kira-kira 47 minit.

Harga:  OPPO Reno10 Pro+ 5G (12GB + 256GB) RM3,499
Warna: Glossy Purple,  Silvery Grey

Harga: OPPO Reno10 Pro 5G (12GB + 256GB) RM2,199
Warna: Glossy Purple, Silvery Grey

Harga: OPPO Reno10 5G (8GB + 256GB) RM1,799
Warna: Ice Blue, Silvery Grey