BMW Motorrad Malaysia hari ini telah mempersembahkan BMW R 18 100 Years, terhad kepada 1,923 unit sahaja di seluruh dunia – mendabik hormat kepada tahun pengasasan BMW Motorrad, bilamana motosikal BMW yang sulung telah dirungkaikan kepada dunia.

Hanya sepuluh unit disediakan secara eksklusif untuk para pelanggan dan peminat jenama ini di Malaysia.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Mempersembahkan jentera ‘SoulFuel‘ dalam ragam yang benar-benar ikonik, BMW R 18 100 Years bakal menempa nama sebagai kruiser klasik keluaran BMW Motorrad yang paling menawan, dikuasakan oleh enjin sesaran bersaiz terbesar yang dimuatkan dalam sebuah motosikal.

Dirumus untuk para peminat sejati jentera berperwatakan klasik, BMW R 18 merupakan sebuah ikon yang bersifat abadi, hadir dengan elemen-elemen penting yang mendefinisikan model terdahulu, termasuk seni rekaan ‘puris’ dengan teknologi yang serba ringkas dan enjin boxer bersaiz besar yang mengagumkan untuk menjamin keterujaan maksimum.

Menjulang slogan ‘Make Life a Ride’ kini selama 100 tahun, edisi seabad BMW R 18
menonjolkan keabadian pengalaman tunggangan yang mengghairahkan. Kami berasa teruja untuk mempersembahkan varian edisi terhad jentera kruiser klasik ini buat para pelanggan setia BMW Motorrad di Malaysia.”

Kelengkapan utama yang lain bagi BMW R 18 100 Years meliputi meter laju baharu dengan paparan multifungsi, di samping lampu hadapan LED penuh, lampu belakang dan brek LED bersertakan indikator, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), tiga mod tunggangan (Rock, Roll, Rain) di samping kemudahan Tunggangan Tanpa Kunci.

Kelengkapan opsyenal yang kini didatangkan secara standard meliputi Lampu Hadapan Adaptif, penggenggam berciri hangat, Kawalan Permulaan Curam (HSC), Kawalan Luncur, gear mengundur, penutup tangki minyak yang boleh dikunci, di samping rangkaian
kuasa dan panel pemijak (floorboard) berwarna hitam.

Harga runcit bagi BMW R 18 100 Years baharu (dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) ialah:

BMW R 18 100 Years Baharu RM 159,500.00