Pelancaran Avela adalah mengenai keterangkuman pelbagai generasi sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah meletakkan asas kejayaan sebelum ini IJM sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka adalah pemaju perbandaran dan hartanah terkemuka di Malaysia apabila IJM Rimbayu menjadi peneraju kepada setiap kemungkinan apabila sebuah visi memenuhi perancangan yang betul dan daya kreatif yang subur.
Setelah melihat perkembangan yang pesat, IJM Rimbayu kini adalah salah satu kawasan yang paling diingini di barat daya Lembah Klang. Ia tanda ulang tahun ke-10 buat bandar yang sedang membangun ini.
Sebagai kesinambungan kepada naratif ini, kediaman Avela yang terbaru ini dikonsepkan sebagai kediaman pelbagai generasi yang menetap di bawah satu bumbung.
Di sini, penduduk dan pasangan mereka mungkin tinggal dalam sebuah rumah atau di lorong sama dengan ibu bapa (serta datuk dan nenek), berkunjung-kunjungan antara satu sama lain adalah satu amalan dan tradisi yang menjadi ikutan turun temurun – sebagai pemilik-pemilik rumah daripada golongan pertengahan yang mewah dan matang bagi melahirkan rasa berterima kasih kepada individu-individu yang membuka jalan untuk kejayaan mereka.

Lebih dekat lagi, ia adalah mengenai usaha memupuk kebersamaan dengan keluarga tersayang yang sering berkumpul dalam satu keluarga besar. Perkataan ‘Avela’ diilhamkan oleh spesies burung Avila yang merujuk kepada kemurahan hati dan kepercayaan mendalam pada setiap insan yang sentiasa menjaga satu sama lain sebagai sebahagian keluarga besar dan komuniti yang sama.
Tanggapan mengenai kehidupan bersama pelbagai generasi ini terbukti telah diterima dengan baik. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM572,000,000, Fasa pertama 17A terdiri daripada 164 unit, manakala dua Fasa 17B dan 17C seterusnya masing-masing terdiri daripada 136 dan 145 unit.
Fasa 17A (GDV sebanyak RM206,000,000) di pusat pembangunan telah pun diperuntukkan dan direbut pada hari pemilihan bagi jemputan sahaja.

“Matlamat kami di Avela untuk memupuk hari tua yang sihat dan kejiranan yang prihatin,” kata Pengurus Besar Kanan IJM Land, Chai Kian Soon.
“Pada masa yang sama, pengasingan sosial dalam kalangan warga tua bersama penyakit degeneratif seperti demensia boleh dielakkan dengan usaha dilakukan untuk mengekalkan rutin harian mereka dan membolehkan terus terlibat dengan keluarga, jiran, pelawat dan masyarakat pada umumnya.”
HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Oleh itu, Avela dibangunkan sebagai kawasan berkepadatan rendah dengan hanya 445 unit dalam kawasan berpagar dan berpengawal. Terdapat dua kediaman di sini iaitu rumah teres dua tingkat (Jenis B), berkeluasan 2,400 hingga 2,428 kaki persegi dan berharga dari RM1,062,800 manakala Garden Homes dua tingkat 30’ x 70’ (Jenis A) dengan keluasan 2,745 berharga dari RM1,436,800.

Sekiranya ibu bapa pemilik (orang tua) dengan keupayaan yang terhad tinggal bersama, mereka boleh duduk dengan selesa di bilik tidur mesra warga emas yang mempunyai ruang yang luas di tingkat bawah.
Kesemua empat bilik tidur juga dilengkapi bilik air selain bilik air yang lebih kecil terletak secara berasingan di tingkat bawah bagi menambah keselesaan dan rasa privasi seperti diperlukan.
Akhir sekali, terdapat juga taman seluas 8 kaki untuk Garden Homes yang luas dan dua bilik tidur utama di tingkat satu yang sesuai untuk keluarga pelbagai generasi dengan datuk serta nenek, kanak-kanak dan remaja yang tinggal di bawah satu bumbung.





































